Saturday, March 30, 2013

Terapi Tulisan


Salam sejahtera & good day


Adakah para pembaca masih giat menulis/berkarya? 

Saya ingin berkongsikan ilmu dgn para pembaca dlm aspek : 

Terapi Tulisan

Tanpa difikirkan secara mendalam, penulisan di blog, FB malah 
menerusi emel juga, merupakan satu terapi yg 
amat baik utk kesihatan


Pernah para pembaca terfikir sedemikian?

Teorinya agak serupa dgn berbual dgn seorg sahabat yg anda rapat. Dlm 
perbualan yg rancak, kita suka pada kehadiran seorg pendengar 
yg setia & boleh berkongsi masalah, 
sungguhpun mungkin 
jln penyelesaian tdk lah ditemui dlm sesi tersebut.

Kaedah penulisan (bertulis atau bertaip) seperti emel & sbgnya pun 
serupa,  
iaitu menyalur keluarkan stres / segala masalah yg dibeban
menerusi setiap tekanan pd butang papan kekunci atau 
tekanan pada pen & menukilkan setiap patah kata.


Org dahulu pula lebih kreatif, iaitu berpuisi, berdebat, menulis surat .

Kini, ramai yg telah kehilangan skil penulisan surat,
biarpun dikurniakan kaedah yg jauh lebih mudah 
iaitu emel, haiku & sbgnya. 


Banyak kajian & bacaan mengenai terapi menggunakan 
haiku,puisi & sbgnya- kesemuanya berdasarkan konsep 
yg sama, malah 
dijadikan alternatif utk menyelesaikan masalah tekanan jiwa/mental


Ini merupakan antara contoh haiku yg berfungsi agak serupa dgn 
pantun & konco-konconya, di mana sesi bersoal-jawab akan 
dilaksanakan dalam bhs puitis dan kreativiti 
menerusi penggunaan konsep pembayang dan maksud.





Pesakit diperlukan utk membuka pintu hati mrk
sedikit demi sedikit menerusi luahan hati 
dlm penulisan berbentuk pantun/haiku (Jepun). 


Pakar pula akan mengajukan soalan-soalan mudah dlm bentuk 

penulisan yg serupa, dan selepas beberapa sesi, 
soalan-soalannya akan bertambah kompleks 
agar dpt memahami punca masalah pesakit. 


Haiku, pantun & sebagai memerlukan konsentrasi & penghayatan. 

Ini lah sebahagian konsep diversion (pengalihan perhatian pd masalah yang dihadapi) yg digunakan oleh pakar agar pesakit tidak akan berfikir secara bukan-bukan (negatif) pd masalah yg dialami. Di samping itu,nasihat yang positif akan diberikan menerusi sesi perbincangan dgn pakar.


Teknik ini digelarkan sbg " Creative Writing" dan 
saya berpendapat teknik dan area kajian berkisah ttg ia 
teramat menarik yg berfokuskan 
Luahan-Pendengaran-Perkongsian (pembincangan kedua2 pihak) !


Ramai juga yg menggunakan teknik ini secara tdk sengaja. 
Tidak menerusi penulisan tetapi secara verbal/lisan. 
Para pembaca boleh perhatikan tingkah laku manusia lain 
yg suka berbicara dlm hati mereka (senyap,tiada suara, iaitu monolog dalaman), 
sesetengah pula akan berbicara secara bersuara, "bercakap sendiri", 
atau ada pihak yg berikan istilah "meraban" kepada perbuatan tersebut. 


Adakah mereka nyanyuk? Saya percaya tidak. 
Bukan kesemua antara mrk yg alami schizophrenia (penyakit mental) 
mahupun berusia tua.


Selain itu,peningkatan komunikasi antara 2 pihak tersebut 
membina ikatan yg kuat, dgn mudahnya pesakit boleh berbicara 
dgn doktor bagaikan kawan baik & sebaliknya. 


Pelbagai faedah yg masing2 boleh perolehi selain drp perkongsian 

masalah & ilmu malah peningkatan
 tahap keyakinan pada kedua-dua pihak .


Sebagai tambahan, saya juga ingin berkongsi dgn para pembaca 
tentang:


1)  Penggunaan FB yg seiringan dgn konsep yg telah saya nyatakan 
di atas. 

Seperti mana kita sedia maklum, banyak masalah hidup wujud 
akibat kekurangan komunikasi & skil utk berkomunikasi.

"The conventional wisdom is that Facebook use is merely 
a time sink and leads to an assortment of negative consequences," .
"But our research shows that it can be a psychologically 
meaningful activity that supplies a sense of well-being at 
a relatively deep level.




2) Sauna & Kesihatan- linked with lower sperm count in men. 
Banyak kajian dan bacaan saya memihak kepada hasil kajian ini.



3) Pemakanan utk pesakit Gout/pencegahan Gout 



Akhir kata, 
sebelum saya mengakhiri posting ini, para pembaca sila lah maksimakan penggunaan pelbagai laman media/sosial, emel, SMS, MMS & sebagainya untuk tujuan yang mulia dan membina. 


Bersama-sama lah kita membina sebuah masyarakat yg berjiwa mulia, ikhlas dalam setiap perbuatan & kata, dan penyayang (saling menolong & berkasih sayang).



 Sincerity matters the most,
  
MSc. Community Health (Health Promotion) UKM 
B. Biomedical Sc/Biomedicine (Hons) 
choy862003@yahoo.com

No comments: