Sunday, March 17, 2013

"Produk/Ubat Ajaib"



Salam sejahtera & good day,

Kita bersua kembali diruangan perkongsian ilmu ini. Hari ini saya ingin membawa para pembaca ke perspektif yang berjudulkan:

"Ubat/Produk Ajaib"


Saya sering terdengar dan terbaca sesetengah produk jus, kopi dan pelbagai bentuk pemakanan yang lain yang dikatakan mampu mencegah dan mengubati pelbagai penyakit. Ia dikatakan produk semulajadi (natural) dan berasal daripada negara barat dan terkenal di merata dunia. 

Contohnya dakwaan ia mampu menyembuhkan penyakit CVD, diabetes, arthritis (penyakit keradangan sendi tulang), menguatkan tenaga batin, kanser, hepatitis, menguruskan badan dan sebagainya. 


Anda namakan sahaja apa-apa jenis manfaat kesihatan, produk itu boleh sembuhkan !



Ini lah teknik melariskan biznes produk-produk mitos ini yang bermotifkan kewangan, bukannya kebajikan kesihatan pengguna.


Pada saya, istilah produk/"ubat ajaib" lebih sesuai kerana ianya hanya wujud dalam mitos. 





Tidak dinafikan mereka boleh dakwa (claim) produk X mengandungi bahan Y (yang bagus utk kesihatan), walaupun kandungan bahan Y dalam produk teramat rendah sehingga boleh diabaikan. 

Memang satu kebenaran bahawa produk X mengandungi bahan Y, tiada manusia yang boleh mempersoalankan fakta ini.  

Para pembaca masa ingat pada perkongsian yang lepas ttg kesalahfahaman istilah risiko dan punca daripada aspek kajian bidang perubatan dan kesihatan?



Salah satu sebab untuk mencipta sejenis ubat yang benar-benar berkesan untuk mengubati SATU jenis penyakit mahupun mengubati SATU simptom pada sejenis penyakit, tidak lah semudah yg disangkakan.

Prosedur2 tesebut menelan banyak $$$ dan isu utama ialah MASA, mungkin akan mengambil bertahun, berpuluh tahun malah beratus tahun (sehingga kini masih belum wujud ubat untuk menyembuhkan kanser & AIDS). 

Kanser itu sendiri ada lah istilah yang agak umum,kini wujudnya pelbagai jenis kanser.

Apatah lagi dgn mudahnya produk X boleh mengubati penyakit A sampai Z ! 
Ianya boleh mengubati penyakit A ke B pun saya dah mula curiga.

Saya : Tidak semudah itu, beb !

Berharap para pembaca berfikir: Dah agak dah !


Dua persoalan utama ialah :

1. Adakah dos/konsentrasi kandungan bahan Y mendatangkan perubahan pada kesihatan penggunanya? 

2. Jika produk itu benar-benar berkesan, diikhtiraf di luar negara oleh "pakar" dan ada pelbagai "bukti kukuh", 

Mengapa produk itu tidak digunakan di hospital? 
Tidakkah pesakit di hospital lebih memerlukan “ubat ajaib” tersebut berbanding dengan insan lain? 



Kalau tidak baik kita bersenam dan mengamalkan pengambilan air minuman kosong dgn lebih kerap.


Jimat duit poket, malah lebih sihat !



Semoga perkongsian ini memberi cetusan pada minda para pembaca agar kita boleh berpandangan lebih jauh. Selamat berhujung minggu !


 Sincerity matters the most,
  
MSc. Community Health (Health Promotion) UKM
B. Biomedical Sc/Biomedicine (Hons)
choy862003@yahoo.com

No comments: