Thursday, March 28, 2013

Gout & Pemakanan

Salam sejahtera & good day

Sekadar satu perkongsian kpd para pembaca-

Pemakanan utk Pesakit Gout atau Individu yg Bakal Dilanda Gout

Sumber: www.myhealth.gov.my


Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.

Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan.

Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.

Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari.

Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

-Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan

-Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan

-Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.






 Sincerity matters the most,
 
 MSc. Community Health (Health Promotion) UKM 
B. Biomedical Sc/Biomedicine (Hons) 
choy862003@yahoo.com

No comments: