Sunday, March 17, 2013

Kesalahfahaman Istilah "Risiko" dan "Punca" Dalam Kajian


Salam sejahtera & good day



Serba sedikit pendedahan aspek kajian dalam bidang perubatan & kesihatan.


Pendekatan untuk Kesalahfahaman Istilah "Risiko" dan " Penyebab/Punca".


Kita ambil contoh yang mudah di bawah:
Kajian-kajian lepas sekitar tahun 2003 sehingga yang terkin 2013 mendapati, pengguna makanan X mengalami kadar risiko yang jauh lebih tinggi, khasnya kaum lelaki, untuk menghidap masalah jantung, berbanding dengan pengguna yang tidak praktiskan amalan tersebut (Abu et al. 2003; Ali et al. 2007; Azman et al. 2013).

Istilah "et al." ialah singkatan untuk nama rakan-rakan penyelidik yg lain 
(kita hanya nak menonjolkan penyelidik utama shj)


Walau bagaimanapun,kajian-kajian tersebut tidak membuat 
kesimpulan bahawa makanan X  ialah penyebab kepada masalah jantung  kerana, 



mekanisme (cara) yang menghubungkan makanan X  dengan sakit jantung masih tidak difahami dengan jelas


Izinkan saya untuk menjelaskan sebarang kekeliruan yang terdapat di perenggan tadi. Dalam dunia penyelidikan bidang perubatan dan kesihatan, wujudnya istilah:

i.  Wet test - kajian yang melibatkan penggunaan makmal dan bahan-bahan kimia dan

ii. Dry test - kajian lapangan, yang melibatkan survey/soal-selidik menerusi penggunaan boring kaji-selidik dan temuramah secara lisan. Kaedah penyeliidikan ini tidak melibatkan penggunaan makmal kimia.

iii. Mixed mode – Gabungan kedua-dua bentuk penyelidikan di atas.

iv. Others 


Kajian untuk mendedahkan mekanisma perubahan biokimia (physiology) kebiasaannya melibatkan penggunaan wet test dan memerlukan masa yang panjang, sumber kewangan yang banyak dan tenaga kepakaran yang tinggi. 


Yakni, itu lah antara sebab-sebab ahli perubatan dan kesihatan masih berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan teka-teki (puzzle) yang menyelubungi sesetengah mitos vs kebenaran.


Bukti-bukti yang kita sedia ada membawa kita kepada aspek kebarangkalian atau kekerapan (frekuensi), sebagai contohnya, 


"dalam 10 orang yang mengambil produk A, hampir 70% (tujuh orang) pengguna berakhir dengan penyakit B."


Kita tiada bukti kukuh (mekanisma) yang menyatakan produk A ialah agen penyebab kepada penyakit B tetapi kebarangkalian penggunanya berakhir dengan penyakit B adalah tinggi

Pakar perubatan & kesihatan tidak boleh berkata,


" Kalau anda mengambil produk A anda pasti akan mendapat penyakit B !

Banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan : genetik, faktor kesihatan lain, gaya hidup, sejarah keluarga dan perubatan diri & sbgnya. Pokoknya, kita semua berbeza apabila menyentuh ttg kesihatan.

Menerusi statistik (bukti perangkaan) ini, wajar untuk kita berwaspada terhadap penggunaan produk tersebut dan mendapatkan saranan daripada pihak perubatan yang bertauliah !


Semoga para pembaca boleh meluangkan masa untuk entri saya yg seterusnya, berjudul "Produk/Ubat Ajaib" kerana berkait dengan entri ini.


Diharapkan perkongsian kecil ini membuah hasil kepada para pembaca. Selamat berhujung minggu !


 Sincerity matters the most,
  
MSc. Community Health (Health Promotion) UKM
B. Biomedical Sc/Biomedicine (Hons)
choy862003@yahoo.com




No comments: