Saturday, February 4, 2012

Minum secara berdiri & duduk - Sfringer - Sphincter - Kristal Ginjal ?


"Adakah wajar untuk kita menyebarkan mesej-mesej yg tdk sahih kebenarannya dan tanpa usul-periksa kepada orang lain ? "


"Sharing is caring ? " 


" Passing the ball around and pray that someday and someone will discover the truth but instead of having some responsibility on it ? "


Salam sejahtera & good day my dear readers,

1st of all, so sorry for disappearing for a long time (hiatus) and was busy with life. Sometime, I wonder what language should I use to write in this blog in order to be effectively read by many peoples though English is an international language to many but not to all. 

As for this entry , I shall use Malaysian language instead of ENG, due to the reason the basis writing material which trigger this write up is in Malaysian language. 

Berikut merupakan artikel yg saya sebutkan tadi, terdapat pelbagai versi penulisan yang kurang berlandaskan bukti saintifik ini , di pelbagai laman sesawang sama ada di Malaysia mahupun Indonesia & negara-negara yg lain. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya berbicara berkenaan aspek perubatan, bukannya berdiskusi daripada aspek keagamaan (tdk akan disentuh dlm penulisan ini). 

Versi 1 : 

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer.Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.


Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung "


Sumber : < Klik di sini >


Versi 2 :

Ini dibuktikan dari segi kesehatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang bisa membuka (sehingga air kemih bisa lewat) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan  pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal. Nah Jika kita minum berdiri. Air yang kita minum tanpa disaring lagi. Langsung menuju kandung kemih. 
 
Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan disaluran ureter. Karena banyak limbah-limbah yang menyisa di ureter. Inilah yang bisa menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.
 
Cara mengatasinya : 
1. biasakan minum duduk. 
2. banyak minum air putih. 

Sumber : < Klik di sini >

Seimbas membaca, penulisan yg disertakan dgn aspek keagamaan seolah-olah lebih meyakinkan para pembacanya namun, artikel di atas adalah kurang jelas & tdk logik dlm aspek perubatan (saya tdk akan menyentuh ttg isu agama/sunnah di sini cuma wajar utk saya berkata, kita tdk harus menyebarkan mesej yang salah atau yg tdk dipastikan kebenarannya).

Persoalan utama penulisan-penulisan yg beransur MITOS/ urban legend ini ialah kurang jelas serta tidak disertakan fakta2 saintifiknya. Mengapa ? Sebab fakta adalah perkara yg memerlukan usaha, masa & ilmu untuk diguna-pakai. Secara ringkasnya, bukan calang2 orang boleh menulis berlandaskan bukti2 yg sahih .


Menurut beberapa sahabat perubatan (doktor perubatan) yg erti ttg bahasa Indonesia, " sfringer " lebih merujuk kpd "glomerulus" dan ada sesetengah sahabat yg kurang berkenan dgn istilah tersebut (percaya kata tersebut bukan Bhs Indonesia) dan ejaannya adalah salah. Sekiranya sfringer ialah glomerulus, maka kata-kata "struktur berotot" adalah tdk sesuai untuk menggambarkan glomerulus yg tdk berotot, iaitu satu rangkaian yg mengandung kapilari2 darah yg melakukan proses penapisan darah peringkat pertama yg terdapat dalam nephrone. Nephrone ialah unit asas / "kilang2 penapisan " kecil yang membentuk ginjal (kidney). 





Kata-kata kunci yg digunakan ialah struktur "berotot", " membuka ",  "menutup ", "kencing" dan "ginjal " - maka istilah SPHINCTER lebih sesuai digunakan. Tiada carian di Google mahupun kamus online yg memberikan keputusan yg kukuh tentang istilah " Sfringer " - hasilnya cuma lah penulisan artikel yg sama dgn versi 1 dan versi 2, yg sudah disebarkan di alam maya (di Facebook and Google - cuba search shj dengan kata "sfringer ". )


Apa itu Sphincter ? Sila baca di sini < Klik di sini >





Secara ringkasnya, dalam konteks ini kita boleh menganggap Sphincter sbg "pili" yg mengawal air kencing(urine) keluar daripada pundi kencing lalu keluar drp tubuh badan menerusi bahagian sulit, Sphincter ialah struktur berotot yg mengawal proses tersebut sama ada dalam keadaan diri yg sedar (voluntarily) atau tidak sedar (involuntarily). 

Sedikit fakta tentang pundi kencing / Urinary Bladder :

The urinary bladder usually holds 300-350 ml of urine. As urine accumulates, the rugae flatten and the wall of the bladder thins as it stretches, allowing the bladder to store larger amounts of urine without a significant rise in internal pressure.

The urge to urinate usually starts when the bladder reaches around 25% of its working volume. At this stage it is easy for the subject, if desired, to resist the urge to urinate. As the bladder continues to fill, the desire to urinate becomes stronger and harder to ignore. Eventually, the bladder will fill to the point where the urge to urinate becomes overwhelming, and the subject will no longer be able to ignore it. If the amount of urine reaches 100% of the urinary bladder's capacity, the voluntary sphincter becomes involuntary, and the urine will be ejected instantly.

 Maka jelas di sini bahawa sfringer lebih sesuai dikenali sebagai sphincter dah tiada proses tapisan yg berlaku di sphincter ! Segala proses penapisan hanya berlaku di dalam ginjal (kidney) shj. Ini bermaksud sebahagian drp artikel tersebut adalah tidak tepat : 

dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer " , "  Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. "

Kawalan sphincter sama ada struktur tersebut akan membuka (menyalurkan air kencing keluar) atau menutup (menahan air kencing agar berada & berkumpul di dalam pundi kencing) sudah tentu lah tdk dipengaruhi dengan posisi diri kita sama ada dlm keadaan bangun mahupun duduk !


Sebagai contoh, apabila air kencing mula berkumpul dalam pundi kencing anda & anda berada dlm keadaan berdiri, adakah anda akan terkencing sejurus selepas itu ? Tidak, voluntary action (secara dengan kesedaran) , sphincter anda akan mengawal air kencing dlm pundi & membebaskannya (terkawal) apabila anda ingin membuang air kencing yg terkumpul. 


Sebaliknya, jika pundi kencing menahan air kencing pada amount yg MAKSIMA dan anda dlm keadaan duduk, anda masih boleh menahan kencing ? Tidak, involutary action (secara tanpa kesedaran) sphincter akan membebaskan otot2 & menyalurkan air kencing keluar drp badan anda. Tidakpernah berlaku peristiwa "letupan pundi kencing" dlm perubatan. 

Untuk pengetahuan tambahan, sila baca ttg "parasymphathetic & symphatethic responses ". 



 " Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, "
"Nah Jika kita minum berdiri. Air yang kita minum tanpa disaring lagi. Langsung menuju kandung kemih."

Segala air (bersih atau tdk bersih) yang masuk menerusi mulut akan ditapis di ginjal. Tidak mungkin dlm keadaan seseorang yg sihat/normal, air yg diminum akan disalur terus ke pundi kencing, tdk kira lah anda berdiri mahupun duduk. 


"Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan "


Air yg ada dlm badan kita sebelum atau selepas ditapis oleh ginjal tdk pernah steril . Steril maksudnya bebas drp bakteria & mikroorganisma.  

Badan kita ada mikroorganisma (persoalannya cuma sama ada mikroorganisma tersebut membawa kemudaratan atau tdk kepada kesihatan kita shj). Sebaik air yg steril (hasil penyulingan air pd 100 darjah celcius) apabila masuk ke dlm mulut kita yg mengandungi bakteria, akan menjadi tidak steril. 


Penyakit kristal ginjal (renal / kidney stone) adalah disebabkan pemendapan calcium yg membentuk calcium oxalate iaitu kristal yg dimaksudkan . Pembentukkan kristal tersebut tidak ada kaitan dgn posisi anda mengambil air minuman (berdiri / duduk) tetapi disebabkan diet, gaya hidup dan genetik anda. 


Info tambahan ttg renal stone / urolithiasis (saya tdk mengemas kini penulisan saya yg terdahulu) :

dan 




Saya bersetuju adalah menjadi lumrah utk makhluk bernyawa seperti manusia utk menikmati makanan dan minuman dlm keadaan yang selesa (relax) iaitu dgn cara duduk & bukannya dlm keadaan lekas, melakukan aktiviti yg cergas & sebagainya. Dalam keadaan selesa, nutrien makanan & minuman yg diambil akan diserap dengan lebih berkesan oleh tubuh badan (parasymphathetic & sympathetic responses). Biarpun untuk haiwan, mereka makan dlm keadaan yg diam & harmoni.


Bagaimana pula dengan penulisan mengenai rawatan air (terapi air) di atas ? Sila merujuk kepada pautan ini

http://www.snopes.com/medical/myths/water.asp 

Ingat ! Air adalah medium yg efektif untuk pencegahan dan bukannya untuk mengubati pesakit yg sudah kronik. Air tdk boleh "membersihkan" organ-organ kita (istilah bersih tdk sesuai digunakan).





Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, saya ingin menyeru rakan2 yg mengenali / ada ilmu pengetahuan ttg perubatan agar jangan SHARE / menyebarkan artikel-artikel yang kurang bernas dan tidak tepat. Berhati-hati lah & ambil lah masa untuk mencari kebenarannya agar kebaikan pada diri kita tdk memudaratkan pihak yang lain. Mencari kebenaran & sifat bertanggungjawab adalah sebahagian drp ajaran-Nya. 


Penulisan yang mengandungi unsur2 keagamaan tdk semestinya tepat & bagus. Oleh itu, telitikan lah sesebuah penulisan dengan sebaik yg mungkin & jangan meletakkan tanggungjawab utk mencari kebenaran pd bahu orang lain . Kita perlu lebih berhati-hati pada penulisan yang ada unsur-unsur keagamaan !



Sekian dahulu penulisan saya untuk kali ini. Terima kasih.
Segala salah & silap dlm penulisan ini harap dimaafkan & diberikan pendapat yg bernas, untuk kebaikan semua.


 Sincerity matters the most,

 

4 comments:

Anna Mohamed Amin said...

Awak. kalau awak bukan doktor atau professor biologi, awak jangan buat cerita. Air yang diminum, disaring dalam usus besar dan ginjal. BUKAN DI DALAM PERUT ATAU ESOPHAGUS. Sfringer tak wujud dalam kamus perubatan, namanya bukan sfringer tetapi "SPHINCTER". Sphincter ni terletak di antara esophagus dan perut. Usus besar terletak selepas perut. Sphincter ni fungsinya untuk elakkan air dan makanan daripada tertolak balik ke mulut selepas makanan & minuman kita berada di dalam perut. Kalau sphincter kita rosak, kita akan senang kene reflux, iaitu senang muntah selepas makan. BUKAN AIR TAK DAPAT DISARING!!!

Air yang masuk ke ureter akan disaring oleh ginjal. Jadi, tak kisah la kita duduk ke baring ke berdiri ke, air akan diserap di dalam usus besar, ginjal & saluran darah. TAKDE KENE MENGENA DENGAN "SFRINGER" DI SINI YE TUAN TUAN DAN PUAN PUAN! sebab sebenar kita tak digalakkan minum semasa berjalan atau baring, ia mmg boleh merosakkan sphincter kita, tapi bukan merosakkan penyerapan air ke dalam badan atau saluran kencing, tapi menyebabkan kita tak boleh telan makanan dengan sempurna dan senang muntah. Tapi kalau minum berdiri dan tak bergerak, masih lagi tiada kesan sampingan yang memudaratkan.

Kristal ginjal pula disebabkan oleh intake gula yang berlebihan dan kurang minum air.

TOLONG JANGAN SEBARKAN FAKTA-FAKTA PALSU!

Choy HH said...

Salam sejahtera Dr/Cik Anna,


Maafkan saya sekiranya penulisan saya ini kurang tepat & seolah-olah menyebarkan fakta-fakta palsu namun saya berharap cik akan baca semula entri ini.


Pertama sekali sila bezakan penulisan saya dgn penulisan yg saya cuba huraikan /tentang iaitu artikel drp negara Indonesia (yg dihighlightkan warna hitam & tulisan berwarna kuning).


Dlm penulisan saya,saya menentang penggunaan Sfringer,& seharusnya Sphincter lebih sesuai & wujud sbg istilah perubatan(sila rujuk semula penulisan saya). Apa itu sphincter,ada rujukan di sana & saya jelas apa kegunaannya & terima kasih atas perkongsian ilmu saudari, terutamanya bahagian


** "... sebenar kita tak digalakkan minum semasa berjalan atau baring, ia mmg boleh merosakkan sphincter kita ... Tapi kalau minum berdiri dan tak bergerak, masih lagi tiada kesan sampingan yang memudaratkan...
"Dr/cik ada sumber/bukti untuk kenyataan ini yg boleh dikongsi bersama dgn kita? TQ


Kedua,saya TDK PERNAH berkata fungsi Sphincter ialah utk menapis air (rujuk semula penulisan saya). Pihak yg berkata sedemikian ialah artikel penulisan seseorg drp Indonesia (menurut bahasa yg digunakan)yg saya katakan mengandungi fakta2 yg kurang tepat.


Ya, air disaring menerusi ginjal & di usus besar,saya setuju & tiada kena-mengena dgn posisi badan(duduk/berdiri) namun berkemungkinan kadar penyerapan air dipengaruhi oleh posisi badan/pergerakan otot-otot.

Jadi penyerapan air memang tiada kena mengena dgn sphincter (itu bukan fungsinya).

Kristal ginjal iaitu calcium oxalate - merupakan pemendapan calcium & mungkin juga berkait dengan pengambilan gula berlebihan -sbb perkara ini akan mempengaruhi kuantiti air dlm tubub badan seseorg & memang salah satu penyumbang utama kristal ginjal ini berpunca drp tabiat kurangnya pengambilan air.

Terima kasih atas komen & teguran Dr/Cik Anna. Diharap saudari akan merujuk kembali penulisan saya & cuba fahami idea-idea yg cuba disampaikan oleh saya & bukannya penulisan yg saya "Quote" - iaitu penulisan berbahasa Indonesia yg kurang sahih.

-Admin-

Anonymous said...

Setelah mendapat informasi ini, saya mulai mengecek beberapa website. Tulisan ini ada benarnya, tapi hiperbola, dan ini tulisan saya sesuai yang saya temukan di website.

Mengapa Makan dan Minum Dianjurkan Untuk Duduk??

http://www.britannica.com/EBchecked/topic/484656/pylorus
Tertulis bahwa otot Pylorius-Sphincter(PS) untuk menahan makanan, dan saat makanan tertahan pencernaan makanan terjadi.
Ukuran PS pendek, jadi tidak semua makanan tertahan saat PS terbuka.
PS akan tertutup jika ada tekanan.

Kesimpulan saya,
Jika ingin semua makanan tercerna, maka beri tekanan pada PS. Jadi PS akan sering tertutup, dan lebih banyak makanan yang akan tercerna.
Dengan posisi duduk, kita bisa memberikan tekanan di daerah perut dan lambung. Silahkan dirasakan saat berdiri dan duduk. ^____^

So, mari makan dan minum dengan duduk sesuai yang diajarkan oleh Rasulullah.

Choy HH said...

Salam sejahtera,

Saya setuju dgn pendapat saudara/ri. Sebenarnya kalau diri stress (keadaan tertekan), pencernaan juga akan terganggu (para & sympathetic reaction).

Jika di lihat drp sudut lagi, posisi duduk ini membuat diri lebih tenang & seterusnya memastikan proses cernaan makan berlangsung dgn lebih efektif.

"It is human nature" utk duduk dan makan/minum. Thanks for the comment !

Artikel ini ada kebenarannya tetapi bukan 100 % dan agak misleading.

-ChoyHH-