Wednesday, April 20, 2011

Kekosongan Jiwa Tatkala Faktor Umur Meningkat & Kestabilan Hidup (Bahagian 1)



Salam sejahtera & good day kepada pembaca  sekalian,


Kita bertemu sekali lagi dalam ruangan blog saya ini, yang agak bersawang setelah sekian lama tidak terusik. Penulisan kali ini bertujuan untuk mengupas serba sedikit pengalaman dan pendapat (penulisan subjektif) yang saya sempat selidik, bertanya dan berkongsi dengan sahabat-sahabat baik saya yang hampir kesemuanya unik dan dianggap berjaya dalam hidup (sekurang-kurangnya berjaya dalam aspek duniawi) , yang menyentuh tentang isu Kekosongan Jiwa  Tatkala(Apabila) Faktor Usia Meningkat serta Kestabilan Dalam Kehidupan.


Saya harus menjelaskan apa yang saya maksudkan dengan " Kestabilan Dalam Kehidupan " . Dalam kontek yang paling ringkas, rangkai kata tersebut membawa makna tentang kehidupan di mana faktor kewangan, kerjaya dan segala aspek asas dalam hidup kukuh dan tidak perlu dirisaukan dengan mendalam. Kerunsingan akibat faktor materialisme seseorang berada pada tahap yang minima. Ikatan kekeluargaan atau lebih jitu, perhubungan sesama manusia dianggap memuaskan (tidak sempurna ; anak-anak sudah besar, hubungan sesama isteri/suami juga baik) dan seseorang dikatakan bahagia, namun, jiwanya masih rasa kosong.


Seperti mana definisi " Berjaya Dalam Hidup " mempunyai variasinya yang tersendiri yang boleh diambil maksud daripada pelbagai jenis pendapat individu-individu yang berbeza. Ramai yang berpendapatan seseorang itu dikatakan berjaya jika memegang jawatan yang tinggi dalam hidup, terkenal, berpendapatan lumayan dalam hidup, memiliki kenderaan, rumah & perkara-perkara berbentuk materialistik yang dianggap tidak mudah untuk dimiliki , sedap mata memandang (pendekatan secara fizikal) & mendatangkan rasa bangga kepada pemiliknya , tetapi jarang-jarang individu menghubungkaitkan perkara tersebut dengan kejayaan seseorang di akhirat, kejayaan daripada aspek kerohaniaan & sahsiah mahupun aspek-aspek lain yang berbentuk abstrak. 



Perkara yang sama juga berlaku dalam konteks " Kekosongan Jiwa" . Saya menginterpretasikan sindrom " Kekosongan Jiwa " sebagai suatu keadaan di mana seseorang merasakan seolah-olah sebahagian besar dalam hidupnya tidak terisi dengan perkara-perkara yang mendatangkan kepuasan mutlak, kepuasan di mana dirinya dihargai & bermanfaat kepada insan-insan lain serta mendekatkan lagi dirinya dengan Tuhan.


Apakah kaitan diantara usia , kestabilan hidup & kekosongan jiwa yang dihadapi khasnya, golongan yang kaya dengan pengalaman (contohnya golongan berusia 40an dan 50an keatas ) ? Semasa muda, kita sering menumpukan sepenuh perhatian pada perkara-perkara yang berkait rapat dengan kerjaya, sumber pendapatan cita-cita. Tidak ramai pemuda yang berusia 30an mampu bersenang- lenang dan tidak ada kerisauan dalam aspek kewangan, kerjaya dan lebih-lebih lagi isu cita-cita. Ramai yang masih sedang cuba mengadapsikan diri atau mengubahsuai cara hidup yang selaras dengan gaya hidup moden kini yang ternyata amat mencabar, bukan fizikal sahaja, malah mental , iman & sikap-sikap terpuji seseorang insan. Ada juga sesetengah individu yang tercicir dalam aspek tersebut kerana terjebak dalam kes-kes sosial yang sering terpapar pada kaca televisyen dan media bacaan kita, setiap hari ! 


Kebiasaanya, apabila seseorang itu sudah mencapai usia 40 dan keatas, kerjayanya serta sumber kewangannya akan menjadi stabil dan pada masa itu lah, mereka akan mula berfikir tentang kematian, isu akhirat & menoleh ke belakang untuk melihat semula perjalanan hidup mereka yang dahulu - adakah matlamat hidup mereka tercapai dan apakah kekurangan pada diri mereka,hidup mereka dan kebahagiaan hakiki (kebahagiaan pada fasa hidup mereka yang seterusnya & kehidupan selepas mereka meninggal dunia).


Saya berkesempatan melawat beberapa orang sahabat lama saya, insan-insan yang mewarnai hidup saya yang serba kekurangan dahulu & banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka. Saya akan cuba kongsikan perkongsian dengan insan-insan yang hebat ini dengan para pembaca. Seseorang itu hebat bukan disebabkan kerjayanya, rupa-parasnya, kedudukan & pangkatnya , malah tentu sekali bukan pada aspek materialisme.


Senario Pertama.


Sahabat A : Choy, anak-anak saya dah besar-besar semua, ada yang dah berkahwin, ada yang akan berkahwin tidak lama lagi . Hidup saya ... bahagia , tetapi macam ada sesuatu yang kekurangan lah . 



Saya (Choy) : Apa yg kekurangan tu ? Nak No.2 ke ? Hehehe... Agak-agaknya, aspek mana yang anda rasakan anda kekurangan ? Saya percaya bukan isu duit, kerjaya & keluarga (perhubungan dengan insan-insan yang lain) , anda jenis yg hepi 24 jam sehari ... masalah berpunca dari mana ?


A : (masih sedang gelak...) Entah lah Choy, susah nak gambarkan menggunakan kata-kata, saya nak kata sibuk tak, nak kata free pun tak, cuma masa free & sibuk pun, rasa macam saya nak buat sesuatu lah supaya hati ini rasa lebih baik, rasa lebih ... puas.


Choy : Dah sah nak kahwin No.2 lah ni , hehehe, bergurau shj , kenapa tiba-tiba shj boleh ada perasaan sedemikian ? Sebelum ini tak ada ?


A: Sebelum ini, ada juga terasa tetapi saya abaikan shj,maklum lah sibuk dengan urusan seharian, kerjaya ada, famili pun ada ... sekarang ini free sedikit , mula berfikir & pandang ke belakang. Bila usia dah meningkat ni, banyak berfikir lah, fizikal dah mula kurang dah , nasib baik mental & motivasi masih mantap. Nak buat hobi lasak-lasak ni payah, kawan - kawan pun sibuk dengan urusan tersendiri (saya free, mereka x free & sebaliknya ...) . Nak harapkan ramai yg menghubungi saya atau melawat saya ... tak ramai ...bila mereka susah, ada lah nak ajak pi minum/makan. Anda juga lah yang sentiasa kacau saya .... terima kasih !


Choy : Kacau ? Oh ya, bagus tu, sebab itu lah kita berdua masih bersahabat sehingga sekarang. Anda apa kurangnya , suka menggalakkan saya untuk "mengacau " anda, hehe ... sama-sama ! 


Kacau merupakan istilah yang membawa maksud yang istimewa diantara kita berdua, kacau = selalu bertegur -sapa (keeping intouch)



Senario Kedua. 


bersambung pada entri yang seterusnya ... : )



Semoga penulisan ini bermanfaat & bermakna kepada pembaca-pembaca blog ini yang dihormati, Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap untuk penulisan kali ini. Kredit kepada pencipta gambar-gambar yang saya hiaskan dalam blog ini.



 Sincerity matters the most,
 

2 comments:

yun said...

saya menunggu sambungan entry ni :)
kininaru na~XD

Choy HH said...

Ohaiyo & terima kasih saudari Yun,

Anda bukan seorg sahaja yg berhasrat sedemikian. Maaf, agak sibuk dan idea entah dah tersorok ke mana (seharusnya membuat catitan/draft dulu utk part 2 dulu, selepas penulisan bahagian 1).

Kini agak ketandusan & kebuntuan idea, hehehe. Arigato gaizai masu ta !

Saya akan berusaha & semoga mendapat berkat drp-Nya.

-Admin-