Saturday, May 22, 2010

Petua & Kelebihan Berhenti Merokok.


Salam sejahtera semua ,

Ada beberapa tips petua dan kelebihan berhenti merokok yg saya terbaca dlm Facebook. Sejauh mana kebenarannya tips dlm KELEBIHAN MEROKOK, saya tdk pasti, cuma PETUA - PETUA ini mudah praktikan, berasas (ada logiknya dan kebenarannya ) dan tdk lah membebankan (tdk salah mencuba ).


Berikut saya sertakan informasi tersebut utk tatapan semua :


Petua - Petua utk Berhenti Merokok (info yg BAGUS !!! ) :



MELENGAH -

Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.


MENARIK NAFAS PANJANG -

Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.


MINUM AIR -

Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.


MEMBUAT SESUATU - (Diversion )

Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.


MENGUNYAH SESUATU -

Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.


MANDI ATAU BASUH TANGAN -

Kalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.


MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN -

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.


MEMOHON DOA -

Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah.


Utk informasi tambahan, saudara / saudari boleh cuba " SEARCH " pd tab Google (yg ada pd blog ini, sudut kanan anda, bahagian teratas sekali dlm blog ) menggunakan " key words " atau kata kunci spt " merokok, cigarette dan smoking " . Saya pernah post artikel - artikel yg berinformasi dan sesuai dibaca (penulisan daripada pakar - pakar perubatan).



Kelebihan Berhenti Merokok ( info yg belum pasti kesahihannya)



Ketagihan merokok sememangnya sukar untuk dihentikan jika seseorang perokok itu tidak mempunyai keazaman yang tinggi untuk berhenti. Ada juga yang mengatakan jika seseorang itu sudah bermula merokok dari sekolah rendah peluang untuk berhenti itu seperti tiada.

Ini kerana rokok sudah menjadi sebahagian dari dirinya dan juga jika dia cuba berhenti merokok secara mendadak boleh menyebabkan kesihatannya terganggu.

Namun, berhenti merokok memang mempunyai banyak kelebihannya, antaranya :




1. Dalam sejam — Sel badan mula memperbaiki diri sendiri, tekanan darah dan degupan jantung menurun


2. Lapan hingga 12 jam — Paras karbon monoksida dan nikotin menurun 50 peratus


3. 24 jam — Paras oksigen meningkat ke paras normal, risiko mendapat serangan jantung menurun


4. 48 jam — Deria rasa dan hidu semakin baik, kesan nikotin hilang daripada badan


5. Dua minggu — Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru meningkat 30 peratus


6. Empat minggu — Ketagihan nikotin hilang sepenuhnya


7. Setahun — Risiko sakit jantung turun 50 peratusbahaya-merokok


8. Lima tahun — Risiko strok sama dengan orang tidak merokok


9. 10 tahun — Risiko kanser paru-paru kurang 30 hingga 50 peratus berbanding orang yang masih merokok


10. 15 tahun —
Risiko sakit jantung sama dengan orang tidak merokok



Selamat membaca !


ChoyHH

No comments: