Monday, April 19, 2010

Nukilan Kasih Secebis Hati Dermawan



Tajuk : Nukilan Kasih Secebis Hati Dermawan .

Choy Hew Hei, Bac.Hons Biomedical Sciences.



Menjelang detik 17 April tahun 2010, RPWP (Rumah Pengasih Warga Prihatin) dikujungi oleh seorg dermawan yg sememangnya penuh dengan kasih dan kisahnya tentang hati, iaitu saudara Ustaz Ahmad Khariri Al Hadi B. Md Yusop . Beliau merupakan penderma organ hati kpd Allahyarham adik Mohd Yohit Bin Mohd Farhan yg pernah menjalani pembedahan pemindahan hati berikutan komplikasi bengkak hati (istilah Perubatan : Hepatomegaly)di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) yg menelan perbelanjaan sebanyak Rm RM245,000 pd 18 Disember 2004.



Sikap dan niat ikhlas pemuda yang berusia 27 tahun ketika itu, membolehkan beliau mendermakan sebahagian hatinya (20%) kpd Allahyarham adik Mohd Yohitt. Sebelum ini , hajat beliau untuk mendermakan hatinya kepada adik Intan Syafiqah dan Nur Atiqah Najwa berikutan kes kesihatan yg hampir sama tidak kesampaian. Atas pengorbanannya itu, beliau dianugerahkan pelbagai pingat diantaranya anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan - Tahun 2005, Ahli Mangku Negara (A.M.N.) – Tahun 2006, Anugerah Hari Bapa – Tahun 2006, dan anugerah Belia Selangor – Daya Juang Malaysia Boleh.





Video Sajak Ibu RPWP telah menyentuh hati nurani beliau dan mendorong Ustaz Ahmad Khairiri untuk membuka lembaran kasih diantara keluarga beliau dan warga di RPWP. Kehadiran beliau ternyata sekali membuka minda serta membangkitkan keinsafan pada hati para hadiran majlis tersebut melalui perkongsian kisah suka dan duka pengembaraan beliau dalam menjana pendapatan utk membiayai perbelanjaan pembedahan hati tersebut serta pengalaman beliau sebagai seorang penderma hati. Kesemua hati para hadiran tersentuh mendengar ceramah dari beliau.


Link ke Video Sajak Ibu :


FB -
http://www.facebook.com/video/video.php?v=108494845857341&oid=241534022625


Youtube -







Penulis berharap agar usaha Ustaz Ahmad Khariri boleh dicontohi oleh kesemua rakyat Malaysia, lebih – lebih lagi pembaca nukilan ini agar lebih ramai insan – insan yg kurang bernasib baik mendapat tangan - tangan yang hangat utk dicapai. Pada masa yang sama, warga RPWP berhasrat untuk berganding bahu dan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Kempen Derma Organ secara besar besaran bersama pihak Kementerian Kesihatan dan lain – lain dalam suatu hari yang terdekat.



Pada akhir kata, penulis ingin mengirimkan ucapan jutaan terima kasih kepada beliau yang sudi bertandang dan berkongsi ilmu di RPWP.


Semoga berjumpa lagi Ustaz !




Foto bersama dgn Ustaz Khariri (yg memakai baju hijau )



Sekian dan salam satu Malaysia dari saya,


ChoyHH
Penulis kpd blog amal : http://mylifecreation.blogspot.com/



Sumber :

http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/09/pendapatan-rendah-penderma-hati-ahmad.html

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=3632

http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?1.0000002432


2 comments:

etuza said...

Selamat petang Choy.
Sungguh dermawan insan ini, semoga dia dikurniakan pahala dari Tuhan yang esa. jarang orang boleh menderma sebahagian hati. saya tersentuh dengan kemanusiaan yang ada dalam diri orang ini.

Choy HH said...

Salam sejahtera sahabat !

Ya Zali, barang kali kita ni pun teragak agak utk menderma darah :)

Namun point utk highlight di sini ialah procedure dan fakta pendermaan organ dari aspek keagamaan spt agama Islam yg mungkin disalah fahamkan dan mendtgkan kekangan pd penderma yg berhasrat mulia spt Ust. Khariri.

Jika perkara ini berlaku kpd sesiapa yg kita sayangi, saya percaya kita boleh melakukannya.

ChoyHH