Sunday, April 18, 2010

Merokok (Nota 2) - Mitos - Mitos dan Kebenarannya.




Salam sejahtera semua,


Semasa menulis nota ini, saya tdk berhenti gelak dan senyum selepas menonton beberapa video dari Warga Prihatin, memang lucu dan menarik. Lucu krn gembira, gembira krn bangga dan senyum krn saya ingin senyum : )


Saya tdk menyebut perkataan " Informatif " di sini krn sesiapa yg pernah/bakal menonton video2 tersebut, sudahpun/ akan mengerti maksud perkataan itu.



Berikut saya sertakan link kpd sahabat2 lain yg ingin turut berkongsikan ilmu, kegembiraan dan kebanggaan yg saya rasai / pelajari.


http://www.youtube.com/user/VideoPrihatin



Satu ayat shj kpd sahabat2 saya di Prihatin yg membaca posting ini :




" You all look very different than before and you are different - special " .





Terus kan berusaha dlm hidup ini ! (utk kesemua pembaca2 nota ini)




Berbalik semula kpd perkara pokok utk posting ini, utk nota ini, kita melengkapi diri dgn sedikit sebanyak ilmu ttg mitos atau salah faham di antara fakta dan pendapat2 (mitos) umum yg tdk berasaskan logik, mahupun bukti sains, gara gara krn sikap kurang peka kpd isu rokok, degil dan tdk ingin berubah.


Tajuk : Mitos dan kebenaran mengenai merokok


1) Mitos

• Merokok tidaklah membahayakan seperti mana yang didakwa sesetengah orang


Kebenaran/kenyataan

• Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa merokok adalah salah satu penyebab kematian dan ketidakupayaan yang serius di Malaysia.



Komponen Kimia dlm Rokok




2) Mitos

• Berhenti merokok adalah mudah


Kebenaran/kenyataan

• Ramai yang gagal untuk berhenti merokok walaupun setengah dari perokok telah cuba berhenti sekurang-kurangnya sekali.


3) Mitos

• Saya tidak perlu bimbang tentang akibat buruk merokok sehingga apabila saya tua.


Kebenaran/kenyataan

• Merokok adalah sesuatu yang memberi kesan kepada anda sekarang.


• Ianya memberikan kesan fizikal kepada anda dengan : o Mengurangkan keupayaan anda dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berat.


o Meningkatkan paras karbon monoksida di dalam badan anda.

o Mengubah warna gigi dan jari anda dan mengurangkan deria rasa anda. o Menyebabkan anda barbau asap rokok.

o Membelanjakan wang sebanyak RM500 setahun jika anda merokok 40 batang seminggu.


4) Mitos

• Merokok menjadikan saya dewasa.


Kebenaran/kenyataan

• Remaja yang tidak merokok didapati lebih matang.


5) Mitos

• Merokok nampak macho dan bergaya


Kebenaran/kenyataan

• Merokok menjadi semakin kurang diterima masyarakat.
Tempat awam adalah kawasan larangan merokok. dan telah dilarang di kebanyakan tempat awam di Malaysia. Merokok juga menggalakkan penuaan.



6) Mitos

• Curut lebih selamat dari rokok


Kebenaran/kenyataan

• Curut tidak mempunyai penapis dan meningkatkan kesan kesihatan yang negatif walaupun ia tidak disedut sehingga ke dalam paru-paru.


7) Mitos

• Tembakau yang tidak dibakar adalah lebih selamat


Kebenaran/kenyataan

• Tembakau yang tidak dibakar ialah semua jenis tembakau yang di kunyah, dihidu atau dihisap. Ia meningkatkan risiko mendapat barah mulut dan tekak.



Cukup lah utk 7 points yg menarik ini pd entri ini. Ada beberapa yg saya reject terus dan tdk disertakan dlm nota ini (anak - anak kecil pun tahu takat mana kesahihan sesetengah mitos . Mari lah belajar dari anak2 yg kecil , yakni banyak perkara/ilmu yg melucukan dan menarik boleh diperolehi dari mereka, perkara2 yg anda sendiri tdk mengerti mahupun sedar.



Segalanya mengambil masa menjadi lebih baik / berubah , termasuk lah dlm perhubungan sesama manusia yg agak komplek dan adakalanya .. susah difahami, inikan tabiat yg sudah berpuluh tahun ?



Rokok dan Penyakit



Terima kasih krn sudi membaca, diharapkan nota ini bukan sekadar utk dibaca dan dilupakan serta merta sejurus proses bacaan berakhir. Salam 1 Malaysia dari saya,




Mari lah kita JANGAN ambil remeh perkara2 yg dirasakan remeh, jgn memperkecilkan perkara2 yg nampak shj kecil.



" Rasa " dan " Nampak/penglihatan " shj mungkin mengaburi penaakulan mu.






Semoga Tuhan sentiasa merahmati mu.



ChoyHH

Penulis kpd blog amal : http://mylifecreation.blogspot.com/

No comments: