Thursday, April 15, 2010

Merokok (-Bab Pertama-) : Fakta - Fakta dan Quiz.



Tajuk : Merokok (Bab 1 - Fakta2 yg menarik dan kurang diketahui umum )


Salam sejahtera kpd kesemua, sahabat - sahabat yg saya sayangi ,

Semoga semua berada dlm keadaan kesihatan yg baik dan berada disisi insan2 yg tersayang.


Terdahulu, ingin saya menegaskan bahawa nota ini bukan utk sesiapa yg pernah merokok, sedang, mahupun bakal merokok SAHAJA malah, nota ini ada utk kami semua, warga - warga yg prihatin ttg kebajikan dunia.




Every journey begins with a single small step.




Saya ikhlas meminta perokok utk benar benar berhenti merokok lebih lebih lagi sahabat2 saya.


***

Saya kenal seorg penghisap dadah yg berjaya menahan dirinya drp terus berjebak pd anasir -ve ini, ya, saya maksudkan DADAH, bukannya rokok. Jika beliau berjaya melakukannya - ada sokongan dari sahabat2, xda pula apa2 ' keajaiban ' or special medication, but love. If he can do it, why not you ?




Sebagai seorg rakan, anda wajib utk menegah , menegur mahupun marah pd rakan anda yg merokok.


Alasannya cuma dua sebab shj :


1) Anda ingin berbuat sedemikian.

2) Anda sayang pd rakan anda (insan2 yg lain).



Saya mengambil keputusan utk menerbitkan nota - nota yg ringkas mengenai babak ini ( saya telah ' pecah kan ' kpd beberapa nota ) sbb khuatir jika saya mengepilkan segala informasi hasil penyelidikan saya yg ringkas itu dlm satu nota SAHAJA , ia tdk akan memberi kesan yg memberangsangkan : ) .

Mungkin ada pembaca yg terlelap, hilang minat dan ... you know la ..., hehe.



Hari ini kita akan membincangkan tentang fakta2 merokok shj, sungguhpun target saya menulis dlm isu merokok ini ialah utk menyampai kan satu mesej kesedaran atau kesimpulan yg merokok boleh menyebabkan keadaan



" MATI PUCUK "



dikalangan penghisapnya (lelaki dan perempuan) sungguhpun rokok merupakan agen secara tidak langsung yg mencetuskan kesan negatif ini .




***

Sebelum sahabat2 meneruskan bacaan pd nota ini,

Saya ingin mempelawa sahabat2 yg sedang atau bakal ingin merokok DAN yg telah berhenti merokok dlm tempoh sehari - sebulan (anda masih boleh mencuba jika anda sudahpun berhenti merokok)


utk menjawab quiz2 ini . Jgn risau, masa yg diperuntukan utk quiz tidak sampai 5 minit pun dan segalanya online, hanya perlu klik shj. Bagi yg sahabat2 yg tidak merokok , anda tdk perlukan quiz ini - teruskan bacaan anda.


Saya ada menyertakan link link laman sesawang yg akan membawa anda kpd Quiz yg berkait rapat dgn persoalan :


1) Adakah anda penghisap rokok yg kronik/tegar ? PENTING !!! (smoking habits)

http://www.cancer.org/docroot/PED/content/PED_10_13x_Smoking_Habits_Quiz.asp?sitearea=PED




2) Withdrawal symptoms -

Simptom simptom (kesan2 sampingan) yg anda alami selepas anda berhenti merokok utk sekian waktu, sama ada anda mengalami simptom simptom yg serius , adakah plan dan kekuatan mental anda cukup kuat utk teruskan usaha " Say NO " to cigarette


http://www.smokefree.gov/withdrawal_quiz.aspx



3) Berapa jumlah kos yg anda telah melabur dan mampu utk jimatkan jika anda berhenti merokok.


http://www.smokefree.gov/savings-future.aspx








Pengenalan : Sedikit fakta ttg kegiatan merokok di Msia dari laman sesawang Kerajaan Msia.



FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK



- 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.


- Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.


- Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.


***

- 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.

***

- Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.


- Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.




Fakta yg saya percaya ramai sudah lama mengerti ...harap - harap lah ...


1) ROKOK MENGAKIBATKAN KANSER PARU-PARU

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.


2) ROKOK MENGAKIBATKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10?12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.



3) MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10-12% dari kematian di Malaysia.
Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.

Penjelasan :

Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut






Fakta yg mungkin pembaca tdk mengerti :


1. ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK


Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.



HUBUNGAN SEKS ANDA AKAN TERGANGGU !!!


Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
Selamatkan diri anda dari mati pucuk
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
Bertindak bijak, jangan merokok.
FIKIRKANLAH TENTANG PASANGAN ANDA

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.



2) ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.


Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.


Apakah kesan-kesan jangka panjang?

• Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
• Penyakit Jantung
• Angin Ahmar / Strok
• Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
• Penyakit mulut dan gusi
• Ulser (perut, peptic)
• Osteoporosis
• Kemandulan (tidak boleh hamil)
• Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
• Mati pucuk




Sekian dahulu utk hari ini, kita sambung ttg mitos - mitos merokok ini pd nota yg bakal menyusul pd keesokan hari .


Maafkan saya jika ada tersasul pd kata - kata / apa2 yg negatif dari saya.



ChoyHH
Penulis kpd blog amal : http://mylifecreation.blogspot.com/


Sumber sumber utama :

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BERHENTIMEROKOK.pdf

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=36&catalogid=1241661628867

Nota2 lama saya : )

4 comments:

under the sky said...

nak tambah sikit:

dianggarkan 50% lelaki dewasa di malaysia adalah perokok

Choy HH said...

Ei Farah, itu ada dlm point pertama " Fakta MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK " ... cuma xda perkataan " dewasa " shj di sana, hehe.

Ayasu Kuro-Obi said...

SOKONG ! ...

Perokok perempuan pun semakin meningkat khabarnya.

Rokok ni macam arak. Walaupun semakin mahal, org semakin beli.

Choy HH said...

Salam sejahtera my dear friend, Saiful,

Setuju !
Makin mahal makin di gemari tetapi apabila beras, gula dan minyak naik harga beberapa sen shj, mengamuk dan menunjuk perasaan pula - sikap segelintir masyarakat.

Kalau ada extra beberapa sen/ ringgit, baik buat amal.Jgn bazir pd benda yg merosakkan kemanusiaan - penghisap dan mangsa disekelilingnya.

ChoyHH