Thursday, December 3, 2009

Pencarian Yg Tiada Kesudahannya ...



Pencarian yg tiada kesudahannya ,

Saya tidak memahami, ... betul betul tidak memahami . Semakin jauh ku mencari jawapannya, semakin jauh lah ku dari jawapannya ...


Bagaimanakah caranya utk menjadikan hidup ini benar - benar bermakna, ' penuh dgn warna - warni ', setiap saat dipenuhi dgn harapan yg membara dan sentiasa ceria dan gembira dgn hidup serta cinta yg tdk berbelah bagi dgn apa yg dilakukan setiap hari ?


Penafasan diriku sesak, dikerumuni dan ditenggelami oleh prinsip - prinsip dan idea - idea sesetengah insan ttg kehidupan yg jauh berbeza dari pemikiran ku. Apakah saya masih belum menemui Hidup ? Apakah saya ini masih ' mentah ' tentang hidup ?



Ku cari dan terus mencari, namun, sampai bilakah rasa bangga dan cintai setiap detik dlm hidupku akan tiba ? ...


Oh Tuhan, ku pohon petunjuk dari mu, pimpin lah dan tunjuk kan lah ku, erti kehidupan yg sebenarnya. Izinkan lah saya mencapai tahap kesedaran yg tertinggi setakat ini ...



4 comments:

etuza said...

Selamat malam Hew Hei.
Terlebih dahulu saya ucapkan banyak2 trmasi kerana anda terus memberi menegur sapa etuza hingga ke hari ini.
Oh! tentang entri diri saya, ada juga tu dalam catatan koleksi etuza blog maybe November atau oktober. Cuma sikit saja. Tengoklah kalau ada kesempatan yang maha esa beri.

Catatan anda Pencarian Yang Tiada Kesudahannya. Kenapa? adakah hidup Hew Hei masih dirasakan kurang bahagia atau saya salah sangka.
Bagi etuza, hidup ini harus dinikmati dengan penuh bahagia dan gembira,saya anggap apa sahaja peristiwa yang saya lalui baik yang lama, kini dan akan datang adalah warna - warna hidup yang cukup bermakna. Kehadiran Hew Hei sebagai sahabat blog etuza juga merupakan salah satu warna yang memberi kesan rasa gembira dalam hidup kami ( etuza) anda kelihatan jujur dan ikhlas, cuma secara total siapa anda hanya Allah yang maha mengetahuinya. Sebab itu blog saya bertemakan warna-warna kehidupan. Baik manis dan pahit ianya tetap warna hidup kita.
Hew Hei saya ikhlas nak tanya, harap tidak tersinggung, anda sudah berkahwin ke? kalau sudah jadikanlah keluarga anda itu insan yang membahagiakanmu. Jika tdak..carilah kebahagian itu, rasanya ada nada kesunyian dalam entri baru anda. Saya juga merasakan nikmat hidup ini apabila saya menemui Nur Islam, saya mualaf tetapi kini saya amat bahagia bila saya yakin Islam yang benar-benar memberi saya kesedaran tentang kehidupan sebenar.
Maaf kan saya ya, saya ikhlas bercerita secara ringkas pada anda.
Hidup ini sementara saja. harap Hew Hei tidak bersedih. lapangkan fikiran dan kuatkan semangat mencari kebahagian. Jadilah orang-orang yang baik dan jujur, marilah menjadi insan yang sentiasa bersyukur pada kemewahan kita, jadilah insan yang tahu arah hidup ini.

Salam hormat.

Choy HH said...

Salam sejahtera rakanku Etuza,

Terima kasih !

Nampaknya, Etu sedar entri tentang diri tu sedikit shj, lebihkan bahagian penulisan itu ya atau tengah menunggu sahabat anda ni utk gesa kan ?

Saya banyak belajar dari Etuza, sifat anda yg suka menegur sapa :)
serta sifat positif anda yg hebat. Sahabat, saya faham yg hidup kami tdk lama, sbb itu saya rasa ada perlunya utk berbuat sesuatu, sekurang kurangnya memahami hidup ini dlm perspektif yg lebih baik.

Betul kata Etuza, dan saya pun amat menghargai apa yg saya ada sekarang, di kira amat bertuah jika dibandingkan dgn nasib segolongan insan yg perlukan bantuan kami.

Hew Hei masih 'single' lagi, tengah mencari teman hidup yg istimewa, hehe... Ye la, saya faham sahabat saya ini bahagia, jgn buat saya rasa 'jeles' pula ya, haha ... Kalau ada apa2, sahabat anda ada di sini (jgn panggil saya sbg sahabat blog ... pelik rasanya ... ), hubungi saya.

Kesunyian ... mungkin sbb dari dulu lagi , ini lah ujian dari Nya. Segalanya berdiri di atas kaki sendiri, ramai anggap saya ni kuat, hebat dan tdk memerlukan pertolongan sangat. Sudah dibesarkan dlm situasi sedemikian Etu, sbb itu keluarga saya pun kurang memahami tentang diri saya. Bukan apa sahabat, entri ini sekadar rintahan dari hati saya yg tdk suka dgn apa yg saya lakukan sekarang. Terasa kemampuan diri dilimitasikan dan saya tdk boleh jatuh cinta dgn kerjaya saya sekarang.

Hew Hei bukan jenis yg suka kan wang duit semata2, sbb itu, wang bukan pendorong utama utk diri saya, Hew Hei perlukan sesuatu yg lebih hebat drp itu, bukannya sesuatu yg material , sesuatu yg boleh buatkan saya rasa " ini lah kerjaya saya, di sini lah saya ingin berkorban dan tempat ini lah kekuatan dan kelebihan diri saya boleh di gunakan ke tahap maksimakan ". Cuma, Hew Hei tidak faham mengapa sesetengah manusia hanya membuat sesuatu shj apabila ada ganjaran mata wang ringgit sungguhpun apa yg dilakukan tdk bermakna (bagi saya) dan dgn muka yg bosan/ kurang selesa apabila saya memandang (terasa pula)setiap hari dtg bekerja ...

Seperti apa yg Etu katakan, diri saya ini ikhlas, maka Hew Hei tdk suka berbohong pd diri sendiri, fikiran positif patut lahir dari hati dan pemikiran. Saya sayang apa dan siapa yg saya ada sekarang sbb saya sudahpun kehilangan ramai manusia yg rapat dgn saya.

Hew Hei amat berterima kasih atas kata - kata Etu, saya sdg melapangkan pemikiran saya dan sememangnya perlu utk kuat kan semangat diri : ) Saya suka membaca cerita anda, jadi , tdk perlu meminta maaf, keikhlasan anda jelas terpampang pd penulisan anda, Hew Hei boleh merasakannya.

Berbanyak terima kasih ya, Etu, Tuhan telah menjodoh kan pertemuan antara kami berdua, kalau boleh , saya ingin mengusahakan dan mengukuhkan persahabatan antara kami berdua. Terima kasih kerana sudi menerima saya yg tidak seberapa ini sbg seorg sahabat.

Kalau ada peluang dtg ke KL, jgn lupa utk menghubungi saya.

ChoyHH

saiful said...

Salam untuk Hei..
Kawan, perasaan berasa tidak puas dan kosong itu kadang mendorong diri untuk menemui sesuatu yang amat bermakna dalam hidup...Bacalah sejarah diri mualaf seperti Cat Steven, Malcolm X dan ramai lagi...
Carilah kebenaran demi kebenaran..Kalau nasib Hei baik, Hei akan bertemu dengan kebenaran yang didambakan...Membacalah banyak buku. Bertanyalah pada kawan. Semoga rasa kekosongan dan kekurangan Hei akan menemui sesuatu yang bermakna...

Choy HH said...

Salam persahabatan buat Saiful,

Kawan, boleh panggil saya Choy atau Hew Hei. Saya setuju dgn anda, mungkin saya belum lagi bertemu dgn apa yg saya kehendaki selama ini.

Saya sentiasa mencari kebenaran cuma tdk mudah, dan kebanyakkan tiada pd bhn bacaan - kena ada pd " live experience " , buku dan bahan bacaan material lain memang saya baca, kalau tiada kerja. bertanya pd kawan - setiap hari ada, sangat kerap cuma, berapa ramai yg benar2 menganggap diri anda sahabat dan sudi mendengar dan membalas rintihan perasaan anda ? Tdk ramai ... dan adakalanya semua sibuk (masa bagi mrk teramat lah penting dan sahabat di sini amat memahaminya).

Saiful, apakah kelemahan yg ada pd blog saya ? Selain garisan kelabu biru itu ada kalanya mengganggu bacaan. Ada apa yg saya boleh perbaiki atau memperhebatkan blog amal ini ?

Berbanyak terima kasih kpd Saiful,

ChoyHH