Saturday, December 12, 2009

Jalan Yg Bercabang

Bermulanya perjalanan, siapa yg tinggal kan garfu di atas jalan tu ? Ada sajian menanti anda kot di sepanjang perjalanan : )


Selamat pagi semua !

Hari ini, Choy akan membuat salah satu keputusan yg boleh dikatakan penting dlm kehidupannya. Di sini, saya ingin memohon doa dari rakan - rakan dan dari Nya agar pilihan saya ini tepat dan membawa saya serta insan - insan lain ke arah yg lebih positif.


Ai, tiba tiba garfu besar muncul, yakin mesti ada benda di sebalik takbir. Di sebalik Kuey Teow ada udang ?


Sering kali kami akan bertemu jalan yg bercabang dua, tanpa ada sebarang idea dan ilmu di penghujung jalan masing - masing. Kelihatan spt jalan yg berjela jela panjangnya dan tiada penghujung, yakni, mungkin masih terlalu awal utk menjenguk apa yg menanti kami pd jalan jalan tersebut.


Keadaan selepas itu ...

Pada masa itu, siapa yg akan anda meminta pertolongan ? Anggap lah anda seorg shj berdiri teguh di alam tersebut dan tiada org lain. Jawapan anda dan perasaan anda ? Selepas itu bayangkan anda bukan seorg shj dlm pengembaraan hidup anda, ada keluarga dan rakan - rakan yg sentiasa setia dan sokong pd anda sungguhpun bilangan nya kecil , namun mereka wujud malah, masih ramai lagi yg menanti utk menjalinkan hubungan persahabatan dgn anda.

Renung - renung lah siapakah diri anda yg sebenarnya dan sejauh mana sudah anda berada di dlm perjalanan hidup anda seorg, siapa yg sentiasa memberi kekuatan dan berada di samping anda ? Siapakah yg sering " menjatuhkan " dan melunturkan semangat anda (dan apa, bukan hanya siapa) .

Di mana akan anda berada selepas ini ? Pilihan A, B atau C dan D ? Atau, anda menukarkan langkah , menoleh belakang, dan menuju balik semula ke arah yg anda ambil sebelum ini ?

Atau keadaan ini pula ... tetapi jln ini lebih indah bukan ?

Dear Lord, please watch over me and my fellow friend . Be by their side , if possible, all the time.


No comments: