Thursday, December 24, 2009

Info General Ttg Stroke - Harus Diketahui Oleh Org Ramai -



Salam sejahtera semua,




Sebelum terus membaca entri ini, jgn lupa yg blog ini dilengkapi dgn kamus Bhs Inggeris. (BI ke BI),jadi yg khuatir dan risau jika tdk memahami istilah dlm bahasa Inggeris - cuma klik 2 kali pd kata tersebut, anda mungkin dpt memahaminya dgn lebih baik)


Awasi Tanda-Tanda Strok/ Angin Ahmar 




Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri membekal darah ke otak. Iskemia (atau Ischemic di takrifkan sbg suatu bentuk kecederaan di sbb kan oleh kekurangan sesuatu cthnya oksigen atau darah utk ke bahagian bahagian organ tertentu )




Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.




Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.




Tanda-Tanda Amaran Strok




Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.




Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.


Di Malaysia, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.




Jenis Serangan Strok


Terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah. (Ischemic stroke, Hemorrhagic stroke and TIA - Transient Ischemic Attack yg juga dikenali sbg " mini stroke " atau milder stroke ).


*** Penting ***


Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.


Strok iskemia mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.


Manakala embolisme (emboli - bola, sesuatu yg seakan2 bulat hasil drp pemendapan bahan lazimnya kolesterol ) serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.


Strok berdarah pula terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi (hypertension) yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.


Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.



Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.


Faktor Risiko


Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.



Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak. Mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.


Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stress.


Bagaimana Strok Didiagnosis?


Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.


Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.


Kesan Strok


Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku/ bahagian organ di mana strok berlaku .



Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang.


Pemulihan


Pemulihan segera adalah amat penting yangn mana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.


Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.


Pencegahan



Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.



Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi. Jgn lupa mengikuti nasihat Dr, jika diminta makan ubat, sila ikut lah jadual masa pengambilan ubat yg dipreskripsikan kpd anda.



Sumber : Dari posting rakan (terima kasih Bro Zakri jika anda ada terbaca entri ini )  dan selepas saya baca dan ubah sedikit . Tiada sumber asli/ kukuh namun jika ada soalan yg sahabat ingin kongsikan bersama dgn saya, sila kan, kalau mampu , saya pasti akan memberi jawapan kpd persoalan anda.


Satu perkara lagi, bagi kes strok yg serius anda akan bergantung kpd pengambilan ubat buat sepanjang hayat anda. Berhati - hati dan serangan strok agar merbahaya , mungkin ajal akan menimpa segera jika rawatan tdk diberi dlm tempoh masa yg tersingkat. 




Kawal pemakanan dan ambil lah gizi seimbang - kata kunci : Ambil pemakanan yg seimbang dan makanan yg bernutrisi and " STICK  TO IT  and be careful " . Ini tdk bermakna anda tdk boleh memakan makanan yg anda suka cuma kawal dan biar lah pd kadar yg berpatutan. 


Penyakit ini tdk boleh disembuhkan cuma boleh dikurangkan kadar risikonya shj, kalau dah terkena dan sudah baik, tdk bermakna anda tdk boleh terkena sekali lagi - it is all about deposition of fat / pemendapan kolesterol ... proses penghasilan kolesterol dlm badan tdk akan berhenti dan apabila usia meningkat, salur darah akan makin kurang fleksible - kemampuan utk kembang dan kecil akan berkurangan . 




Apabila pd masa salur darah perlu mengembang (cthnya apabila organ tertentu memerlukan lebih darah atau oksigen, jantung akan pam darah lebih kuat supaya pengaliran darah menjadi lebih deras dan di synchronize (di padankan ) dgn pengembangan saluran darah. Pd pesakit hypertension - kegagalan pengembangan saluran darah menyebabkan bahagian bahagian tertentu pd saluran akan mengalami tekanan yg kuat dan tekanan akan terus bertambah sehingga memecahkan saluran darah (refer strok berdarah di atas). 



Terima kasih krn sudi membaca dan Selamat Bercuti + 


Selamat Hari Natal !



ChoyHH

No comments: