Saturday, November 14, 2009

Persahabatan & Adab Persahabatan



Salam sejahtera semua,

Saya baru shj habis berkongsi kata dgn sahabat saya Ariff di Facebook , dan termasuk ke dlm babak Islam di mana saya memintanya berkongsi ilmu ttg topik persahabatan mengikut perspektif Islam.

Kalau ada sesiapa di antara pembaca blog yg ada artikel/esei atau sebarang nasihat atau bhn berbentuk ilmiah yg sudi utk berkongsi bersama, boleh lah dan sila lah emel kpd saya (jgn ada virus ya ). Saya akan cuba muatkan di dlm blog ini.

Sama sama saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua, adab - adab bersahabat - sumber dari petikan oleh Imam Al-Ghazali.

Sama - sama kami menghayati petikan ini :


1. Mengutamakan sahabt & harta benda shbtnya. Jikalau ia xmampu berbuat demikian maka sekurang - kurangnya hendaklah dia memberikan kpd sahabatnya apa2 yg lebih dr hajat dirinya.

2. Menolong sahabat dengan segera,sebelum sahabatnya meminta tolong.

3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4. Menutup aib sahabatnya


5. Berdiam drpd menyampaikan perkataan org lain yg mencela sahabatnya.

6. Menyampaikan segala perkataan org lain yg memuji sahabatnya

7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia sedang bercakap.

8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.

9. Memanggil sahabatnya dengan nama yg terlebih disukainya.

10. Memuji sahabtnya dengan apa yg diketahui dr kebaikannnya.

11. Berterima kasih kpd sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

12. Menegahkan org lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya spt ia membela dirinya sendiri.

13. Memberi nasihat dgn cara yg lemah lembut dan bahasa yg halus apabila dia berkehendak menasihati sahabtnya.

14. Memaafkan dr sebarag kesilapan dan kesalahan sahabtnya & tidak mencelanya.

15. Mendoakan sahabtnya apabila ia duduk bersendirian , ketika sahabatnya itu masih hidup ataupun setelah dia mati.

16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabat selepas dr kematian sahabtnya.



17. Jgn suka mnyusahkan sahabatnya dgn beban dan tangungjawab,bahkan hendak dia meringankan drpdnya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.

18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yg menyukai hati sahabatnya dan menyatakan rasa kesusahan pd segala yg menyusahkan hati sahabatnya.

19. Menyamakan dengan hakikat kecintaan yg wujud didalam hati dgn apa yg nampak diluar,maka dengan itu,barulah kecintaan itu dianggap benar.

20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabtanya.

21. Meluaskan tempt duduk kpd sahabtnya ketika dia masuk kedlm majlis dan hendaklah ia pindah dr tempat duduknya itu ketempat yg lain ketika dia tdk dpt berbuat demikian.

22. Hendaklah dia bangkit menghantarkan sahabtanya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika dia keluar dr rumahnya.

23. Hendaklah dia diam ketika sahabtnya bercakap sehingga dia selesai dr perckpnnya dan jgnlah dia suka mencelah ketika sahabtnya sedang bercakap.


Petikan drp Imam Al-Ghazali.

Puisi utk persahabatan

Dalam duk proses mencari gali di alam siber, saya terjumpa penulisan ini. Jom baca sejenak.

Sumber : http://mujahidharaki.blogspot.com/2008/02/5-cara-pilih-sahabat.html

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama,

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

Ketiga,

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,

Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.




Jgn risau, saya pasti tdk akan berbuat sedemikian kpd anda : )

2 comments:

Pakcik Mamau said...

uii..ok gak entri ni..boleh jadikn pengajaran dan panduan kita semua,syabas ChoyHH!

Choy HH said...

Hanya yg terbaik utk sahabat - sahabat handai saya, Uncle Mamau

:). Enjoy ! Banyak lagi entri - entri lama yg menarik di blog ini.

ChoyHH