Sunday, November 8, 2009

Akupuntur dan Pen Lazer (bukannya jarum)


Salam sejahtera semua,


Sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091101125946/Article

Perkara2 yg menarik perhatian pembaca (komen ringkas pada perenggan terakhir) :

Perubatan Alternatif yg tdk asing lagi, Akupuntur (Acupuncture) , berasal dari cabang perubatan tradisional China, terus mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa biarpun usianya sudah mencecah ratusan tahun.

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO) sebagai kaedah perubatan alternatif. Akupuntur berkait rapat dengan kepercayaan aliran tenaga (Qi) yang beredar melalui 12 garis tenaga dalam badan dan disebut meridian dan ketidakseimbangan meridian inilah menjadi punca penyakit.



Kaedah ini kian popular. Di Malaysia, akupuntur moden yang menggunakan pen beraliran elektrik - microcurrent pulse stimulator (MPS), diperkenalkan dua tahun lalu oleh doktor perubatan kelahiran Korea Selatan, Mohamad Kim Myoung Hwan, 74 tahun.

Berbanding akupuntur tradisi yang menggunakan 20 hingga 25 jarum, akupuntur moden hanya menggunakan satu pen MPS. Ia kemudian diletakkan pada titik darah berkaitan selama 15 minit. Pen ini tidak tembus ke kulit, lebih selamat dan cepat berbanding penggunaan jarum.

Contoh gambar tentang peralatan yg diguna (sumber : Internet- Google)

Lazimnya, jenis masalah dikesan dengan menekan tangan atau hujung jari pesakit dan akupuntur dikatakan membantu

melegakan masalah tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, tiroid, lelah dan diabetes serta amat popular di Korea.

“Jika dulu menggunakan jarum, tetapi sekarang teknik ini berteraskan laser. Kalau jarum, tempohnya sejam. Kalau guna laser lebih cepat, 15 minit saja dan ia lebih selamat,”



Secara prinsipnya, perubatan akupuntur melihat setiap manusia lebih 1000 titik darah pada seluruh tubuh. Perawat akan menusuk jarum pada titik tertentu di tubuh pesakit atau garisan meridian bagi mendapat keseimbangan aliran Qi.

Namun bagi takrifan moden, Akademi Akupuntur Perubatan Amerika menyatakan, jarum yang ditusuk kepada titik darah akan merangsang sistem saraf dan melepaskan sejenis kimia ke otot, tulang belakang dan otak.

Variasi alat - alat akupuntur laser

Bahan kimia ini sama ada bertukar menjadi kesakitan atau mencetus pembebasan bahan kimia atau hormon yang mempengaruhi sistem aturan tubuh pesakit.

Tenaga yang dipulihkan dan keseimbangan biokimia yang terhasil daripada akupuntur menjana keupayaan tubuh untuk sembuh sendiri.

“Akupuntur tradisional menggunakan jarum halus yang dibasmi kuman terlebih dulu sebelum ditusuk ke tubuh pesakit. Ia mungkin menjangkau hingga 324 titik darah setiap titik darah bagi melancarkan perjalanan darah dan membabitkan masa hingga satu jam.

“Teknik moden pula menggunakan pen laser dan tetikus jarum yang menyerupai tetikus komputer. Ia sangat ringkas dan mudah,” katanya.

MPS menggunakan suis khas dan cas elektrik yang terhasil juga boleh dikawal berdasarkan tahap tubuh pesakit. Ia hanya memakan masa 15 minit saja dengan cara menyentuh pada kulit.

Jelasnya lagi, penggunaan akupuntur laser mempunyai kesan yang lebih baik dari segi keselamatan dan kebersihan.

“Akupuntur laser berbentuk pen memiliki bola di hujungnya yang berperanan menyalurkan tenaga laser pada titik yang ditekan. Ia membantu melancarkan perjalanan darah,”

***

Artikel tidk menceritakan kesan buruk / kesan sampingan (kalau tiada, bagus) , kos, dan lebih meyakinkan kalau ada testimoni dan perkataan ' MELEGAKAN PENYAKIT ' - berbaloi utk kami berfikir sejenak. Setahu saya, bukan lah sekadar melegakan penyakit ...

***
Hasil penyelidikan saya (tdk terdapat dlm artikel):

" American survey examined doctors' views of five of the most prominent CAM therapies. They found considerable variations in the perceived effectiveness of the different modalities with approximately half believing that acupuncture, chiropractic and massage were effective, compared with 26% for homeopathy and 13% for herbal approaches [1] "

- Pandangan dan pendedahan berbeza dari 1 negara ke negara yg lain -

[1] - Academic doctors' views of complementary and alternative medicine (CAM) and its role within the NHS: An exploratory qualitative study. BMC Complementary and Alternative Medicine 2007, 7:17



***

Sekadar utk kesedaran mengenai perkembangan perubatan alternatif kpd semua pembaca.
Terima kasih krn sudi meluangkan masa di blog ini : )


3 comments:

sukiminna said...

waa...ape tu cam laser jek..selamat x?

Choy HH said...

Akupuntur laser, selamat atau tidak itu suatu persoalan sbb pancaran laser mampu menembusi sehingga lepas ke saluran darah ...

Terima kasih cik Sukimina krn dtg melawat :)

Choy HH said...

Salam sejahtera semua,

Di sini saya ingin memindahkan pendapat2 yg bernas yg dikongsi bersama saya di ruangan Facebook supaya pembaca2 blog ini mampu mendapat sedikit sebanyak output dari sumber pengalaman:

1. Boleh dikatakan semua jenis perubatan alternatif adalah memakan masa lama untuk merasai kesannya. Bukan bila sakit guna ini utk sembuh. Namun berjangka panjang menguatkan sistem dalaman seperti perimunan. Maka jika seperti kita ini tiada duit, nikmat taraf maharaja ini bukan pilihan, carilah yang natural seperti perubatan alternatif bunga dan air umpamanya - saudara Zubli Zainordin -

2. Saya setuju. Betul, " konsep berubat hanya apabila sakit " mencerminkan diri masyarakat yg kurang mgambil berat ttg kesihatan diri. Yg dikesalkan ialah apabila penyakit itu sudah mencapai tahap kronik di mana kesan perubatan tdk mampu menyelesaikan apa2. "

Perubatan alternatif lebih kepada memupuk kesihatan diri yg baik, suatu bentuk perubatan yg lebih kpd aspek pencegahan penyakit (makan masa, kesannya tdk dilihat secara terus, sbb itu ramai kurang yakin ttg keberkesanan perubatan alternatif ) ".

Bach flower treatment & aromatherapy (makin popular, hampir kesemua pusat beli belah ada kedai masing2. - ChoyHH -

3. Acupunture terbukti dlm menguruskan masalah penghadaman, neuro & allergi oleh dunia perubatan moden. namun isu yg sering berbangkit ialah dari segi hygiene, perkngsian jarum, jangkitan & setriliti.

jika ada pen laser, kira OK gak.

gitu juga dgn bekam/cupping....

isu yg sama sering ditimbulkan.
saya tidak pernah berakupuntur, tapi saya pernah berbekam & pernah melihat "keajaiban" bekam dlm merawat sakit yg disebabkan paranormal - saudara Mat Taiko -