Friday, July 10, 2009

Sg Siput - Siri PERTAMA



Salam sejahtera semua,

Akhirnya siap juga entri ini ( sebenarnya jumlah kesemua gambar - gambar yg diambil oleh saya dan Chris - pemilik kamera ini telah mencapai nombor 543 keping , hoho, suatu nombor yg cukup mengejutkan dan membanggakan 1.5 giga byte ). Agak mustahil utk saya muatnaik kan kesemua gambar - gambar tersebut , tetapi saya rasa entri ini memang sudah memadai malahan lebih drp mencukupi utk berkongsi pengalaman dgn rakan - rakan sekalian.

Perbelanjaan keseluruhan trip ini = Rm 150 ( kalau dah membeli - belah ... lain lah pengiraannya).

Apakah yg dirangkumi dlm perbelanjaan sebanyak Rm 150 itu? Mari kita saksikan pengembaraan saya ke Sg Siput dan soalan tersebut akan terjawab dlm entri ini.
Pada hari yg PERTAMA :

Gambar2 sebelum menuju ke destinasi - Kem Intan Suraya. Anggaran tempoh perjalanan dari MSU ke Sg Siput - 4 jam.

Gambar hamba berlatarkan MSU

Meh kita bermain sepuas -puasnya utk trip 3 hari 2 mlm ini disamping berkhidmat bakti, ikhlas dan tanpa mengenal erti penat dan lelah kpd masyarakat menerusi program khidmat masyarakat (Community Service) yg telah dirancang bersama. Di antara contoh contoh pemeriksaan kesihatan percuma yg diberikan :

1. BP Test (Ujian Tekanan darah )

2. Blood Glucose Test ( Ujian paras gula dlm darah)


3. Body Mass Index Test (Ujian kadar indeks antara berat dan tinggi badan - adakah anda memiliki tubuh badan yg sesuai / sihat apabila dibandingkan dgn kadar pd berat badan anda?)

4. Blood Grouping Test ( ujian kumpulan darah anda, darah jenis A, AB, B atau O )


Kalau ada sebarang soalan mengenai ujian - ujian di atas, sila berkongsi bersama saya. Dgn izin pd Tuhan, saya mampu dan akan cuba sedaya upaya utk menjawab hampir kesemua persoalan yg ada pd anda.

Selepas 20 minit di dlm bas ...

Menyesal saya tdk terfikir dlm aspek ini, kekurangan hiburan dan penyebaran - jangkitan ' penyakit Tido ' di dlm bas ... lain kali, terus buat Ice breaking program shj di dalam bas. Bukan apa, kalau mentali begitu lemah sampai masuk bas aje dah tertidur, tatkala sampai ke destinasi badan mesti dah penat lesu , fikiran pula ' lembik ' semacam aje ...

Hooo ray ! Dah sampai ke destinasi , bersiap sedia utk bertukar bas - bas mini yg bersaiz mini shj mampu masuk ke dlm kws kem.


Bas mini dah sampai, trip pusingan pertama bas diserahkan kpd peserta perempuan dahulu beserta dgn bagasi . Yg lain, duk diam diam dulu, jom ambil foto lagi ...
Masa duk menunggu bas, sempat saya bermain main dgn kotak perubatan (Medical Kitt) ...

Ini lah Chris, pemilik kamera ini. Alamat penuh kem ini ialah :


Intan Suraya Resorts,
No. 66 - B Tingkat 2,

Taman Aman 31100,

Sg Siput , Perak.


Pengarah Urusan - Pn Hajah Noorsiah Bt Dalimi (013 5232629)

Website -
www.kemintansuraya.com


Selepas hampir setengah jam menunggu ...

Akhirnya sampai giliran kami utk menjejakkan kaki ke atas bas mini ini


Pemandangan di dlm Kem Intan Suraya :


Mari ' ber posing' utk mgambil gambar, ramai yg terpesona melihat keindahan alam yg berada di dlm kws perkhemahan (nama aje kem, kami tdk duduk dlm kem ... ).
Izinkan saya utk berkongsi nikmat yg kami alami, bersama sama dgn anda menerusi seni fotografi.



Kami bersantai di dlm chalets (di dlm chalet tersebut ... nampak macam dorm aje, tdk banyak berbeza, ayuh , kita masuk dan lihat sendiri suasana di dlm chalet tersebut ! )

Gambar di hadapan chalet laki - laki

Tempat tidur ...

Ada seorg meninggalkan sekeping surat cinta pd tempat berehat saya ... budak sekolah ... tdk layan ...

Fu yo, ada TV dan air con sekali ...

Bilik air (jgn risau, agak bersih)


Gambar - gambar pemandangan yg saya sempat ambil , tdk sangka seni fotografi saya ni agak boleh tahan (saya merupakan pemenang dlm seni fotografi semasa darjah 6 dan tingkatan 3 ... yg peliknya sampai sekarang saya tdk memiliki kamera digital ... ya lah, kamera kuno adalah ... saya mesti mendapat nya secepat yg boleh ! )



Ini merupakan salah satu gambar kegemaran saya sepanjang trip ini

Banyak lagi foto yg akan menyusuli selepas ini termasuk lah pemandangan semasa matahari terbenam dan semasa berada di atas bot.

Gambar kws dewan makan

Mmmm, apakah yg disajikan buat kami semua ... agak menarik juga ( jgn risau, dlm trip ini, kesemua ahli berjaya menambahkan berat badan ... )

Foto berkumpulan berlatarkan pemandangan tasik

Ada juga yg bersedih ... ai ... mengapa lah Maxis dan Celcom tiada line di sini, rindu kat ayah dan ibu (ada line tu dlm kws kws yg ter amat specifik shj - unik juga tempat - tempat tersebut ... di bawah pokok2 yg tertentu, yg peliknya, Digi ada Full Bar ( Digi , sentiasa berada di samping mu , - I will always follow u....-lagu tema Digi ... yeah ! )



Ok, nanti saya sambung lagi di dlm entri Sg Siput Siri KEDUA.

Stay tune !


No comments: