Thursday, July 16, 2009

Sg Siput - Siri Kedua (mungkin yg terakhir ..?)

Salam persahabatan,

Sejurus selepas kami berjinak jinak dgn suasana di Kem Intan Suraya, aktiviti pertama utk petang tersebut ialah :

Boat Riding (pengembaraan selama setengah jam ...lebih, dlm 2 jenis bot yg menuju ke empangan yg tertua dan mungkin yg terbesar di Malaysia iaitu - Empangan Chenderoh )

Gambar para peserta bersiap sedia dgn jaket terapung dan sedang menunggu ketibaan bot.

2 jenis bot yg saya telah sebutkan tadi ialah :

1. Bot ala kadar ... macam dah lama n akan KO bila2 masa tetapi boleh muat lebih kurang 10 org dan ... nampak lebih selamat daripada opsyen kedua....
Bunyi enjin bot ini teramat kuat sehingga kami tdk boleh berbual semasa menaiki ia.

2. Opsyen kedua - kelihatan seperti jenis bot laju tanpa bumbung, boleh muat 6 org sahaja. Tempih perjalanan lebih singkat berikutan kecanggihan teknologi yg ada padanya, 20 min perjalanan sahaja.

Gambar - gambar yg diambil semasa berada di atas bot :

Pandangan hadapan bot

Pemandangan matahari terbenam (masih cerah lagi keadaan di laut)

Batu yg diberi gelaran ' Batu Gajah '


Cahaya dari empangan mula kelihatan

Bot semakin menghampiri kawasan empangan

Sebenarnya ada satu video yg diambil oleh rakan saya dari awal sehingga kami beralih dari kws empangan . Saya sudah cuba utk muat naik beberapa kali di blog ini dan di Facebook ... tetapi masih menemui kegagalan .

Gambar semasa dlm perjalanan balik ke kem , hari sudah pun malam ...


Selepas seronok menaiki bot, perut pun dah mula berbunyi menandakan ...


Waktu utk makan malam


Aktiviti selepas kenyang makan dan bergolek golek di katil (pada jam 10 pm ...)


Jeng jeng jeng, mari kita membina rakit utk aktiviti esk : River rafting !

Antara bahan - bahan yg diperlukan :

1) 5 buah ? pelampung lama 2) 3 batang PVC kosong yg kuat 3) 20 utas tali rafia 4) 3 keping papan (utk peserta duduk diatasnya)

Yg selebihnya tinggal usaha dan usaha utk membuat simpul dan ikat mengikat (simpulan yg dibuat menggunakan 20 utas tali rafia bukanlah sebarang simpulan yg kami biasa buat, kena ada tutorial session baru kami lulus )


Ini lah situasi yg sebenar, rakit yg hampir 90 % siap dibina.

Nampak mudah? Kalau dah pakar , 15 minit boleh siap. Utk kami, hampir setengah jam diperlukan.


Pada pukul 12 am, bermulalah aktiviti yg paling mencabar di dlm percutian ini (tdk mengambil kira ... kes dimana kami terpaksa angkat rakit tersebut - naik n turun bukit selama lebih setengah jam utk ke hulu sungai utk aktiviti mendayung rakit pd hari keesokkannya) .

Aktiviti apa? Night walking selama hampir 3 jam selepas hujan pada kws bukit bukau ... tdk dibenarkan menggunakan sebarang peralatan yg menghasilkan cahaya. Hanya kegelapan dan capaian tangan rakan anda sahaja menemani anda sepanjang aktiviti tersebut.


Nama aje Night walking padahal Jungle trekking + waktu malam (Night) dan tdk sangka yg kami berjaya diperdayakan dgn pujukan manis di mana sepanjang rintangan dlm pjalanan tersebut, dikhususkan utk budak sekolah rendah ...


Aktiviti ini teramat merbahaya, kws licin dan apa pun x nampak di hadapan anda , tambahan pula penuh dgn akar2 pokok, dahan pokok berduri + semua api , berlumpur serta ada binatang buas / apa apa la sbb kami x nampak cuma pengiring 2 jln tersebut ada menggunakan beberapa das peluru cahaya ( flare gun - utilised flash shot ? ... Saya tdk pasti nama peluru tersebut ... utk tujuan menakutkan binatang2 yg menghalang perjalanan).


Destinasi Night Walk itu ialah di kws puncak bukit di mana lampu - lampu nyalaan di Empangan Chenderoh jelas kelihatan. Termasuk lah empangan tersebut ... agak besar dan penuh dgn sampah - sarap (x lihat keadaan kws di belakang pintu penghalang empangan tersebut lagi ...mungkin lagi banyak sampah + benda benda aneh yg ' luar biasa' - x sepatutya berada di sungai dan laut.

Selepas 3 jam perjalanan :

Agaknya apa yg mereka sedang lakukan?

Kasut putih = menjadi kasut coklat pd akhir perjalanan, mrk sedang ' menyemak' kaki mereka sbb khuatir ada serangan dari Encik Lintah ... memang ada banyak pun ...
tapi saya x pernah digigit ...

Begitu lah tamatnya hari pertama kami di Kem Intan Suraya. Lepas Night walk tu ...kesemua peserta berdebuk kkk (rebah) , bergolek dan beradu kekuatan dgn katil ... esk pukul 5 am kena bangun ... sempat tido ke?

Bersambung lagi pada entri yg akan dtg.

Segala komen dan pendapat, saya alukan dgn tangan yg terbuka luas utk kami berdiskusi bersama - sama.

To be continue ...

ChoyHH

4 comments:

sidekick said...

I've been in Intan Suraya before. With PSAS student. Nice place and plan to revisit this year with another group but masa selalu x der.

Choy HH said...

Good day Bro.Din,

Nice to hear frm you, ingatkan dah x ingat pd rakan anda ini. Maaf, saya dah jarang komen pd blog anda berikutan isu isu tkd yg saya x patut melibatkan diri bersama. Harap anda sentiasa sihat dan baik baik belaka (bukan sekadar ' ok ' shj).

Kalau perlukan info / contact mengenai Kem Intan Suraya, contact me, i'll be happy to assist.

Masa tu, mesti ada, cuma kena cari, letak priority . Kalau dibandingkan dgn saya, lagi lah masa saya tinggal x banyak. U have a good , not so boring life as u involved in sports/ outings.

Bila ada peluang berjumpa dgn anda lagi? Tdk pernah pun berbual panjang dgn anda.

ChoyHH

Khairul Salleh said...

Apa kata kita buat explore-race di Matang Mangrove Forest?

Choy HH said...

Salam sejahtera,

Boleh, Khairul, explore race ke, treasure hunt ke ...

tapi tunggu dulu sehingga saya confirm 100 % dgn pihak atasan. Lepas tu, kami plan bersama2. Lets make it a big one.

X plan makan2 ke? Haha ...