Saturday, June 6, 2009

H 1 N 1 Updates

Influenza H1N1: Malaysia catat kes ke-6

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengesahkan kes keenam positif Influenza A (H1N1),melibatkan seorang pelajar Malaysia yang menetap di New York dan pulang ke tanah air pada 3 Jun lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelajar berusia 28 tahun itu menaiki penerbangan Malaysia MH091 dari New York dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi Rabu lepas.

"Semasa pelajar itu tiba di KLIA, tiada simptom. Tetapi selepas masuk ke negara kita beliau mengalami demam panas, batukbatuk dan sakit tekak dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama beliau tiba," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dan melawat bangunan baru Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Liow berkata pelajar itu disahkan menghidap jangkitan Influenza A (H1N1) pada pukul 1 petang ini dan maklumat lanjut mengenai kes keenam itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semalam, seorang pelajar Malaysia yang pulang bercuti dari Amerika Syarikat Isnin lepas menjadi kes ketiga positif H1N1, manakala kes keempat dan kelima melibatkan dua rakyat Jerman berusia 30 dan 32 tahun yang sedang bercuti di Asia Tenggara.

"Saya menyeru orang ramai supaya beri kerjasama kepada kementerian untuk menjaga kebersihan diri seperti menutup mulut dengan (topeng) penutup mulut, cuci tangan lebih kerap supaya tiada peluang Influenza A (H1n1) merebak ke negara kita," katanya.


Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/6/mstar_berita/20090605181219&sec=mstar_berita

No comments: