Thursday, May 21, 2009

Mana menghilang? Kenapa lama x menulis? Sbb saya merajuk la ...





Salam and Good Day to all,

Ehhh, lama x menulis, ghaib ke mana?

Saya pergi ke Pulau Pangkor, utk berjemur supaya kulit lebih hitam... hehe. Nanti saya updatekan entry, pergi kat sana utk main-main dan menawarkan medical check up percuma utk penduduk di sana.


Kebelakangan ini asyik buat baik dgn masyarakat (saya apa pun x dapat ya, no cash, no free meal, nothing but only satisfaction- kepuasan hati ). Saja nak ingatkan diri saya, sbb saya ialah jenis yg tdk mementingkan harta kebendaan dan tdk mengejar $$$.



Akhir-akhir ini jarang menulis , di antara sebab-sebabnya , jeng jeng jeng (BUKAN sibuk padahal saya ini jenis yg pandai uruskan masa, maka itu BUKAN SUATU ALASAN tapi saya mula rasa muak dan mual-x mgandung ya, sbb ini lah ALASAN MUTLAK yg asyik saya dengar dari manusia sekitar/sekeliling saya :

Mungkin merajuk kot. Blog ini dah macam open diari saya. Ada kalanya nak juga feedback dari pembacanya juga, komen ke, berkongsi pengalaman pahit manis ke.

Sebenarnya, saya mula merasakan diri saya ni tdk signifikasi , manusia mengambil ni sambil lewa shj tentang saya, mereka bukannya tdk hormat, ikhlas atau buat jahat dgn saya cuma tdk sedar yg masa saya disini makin singkat.

Lepas ni, susah sangat utk berjumpa, saya yakin sangat pasal ini. Mungkin saya ini manusia yg kerdil sahaja. Sampai sekarang, saya masih tdk rasa bangga dgn diri, entah lah kenapa. Adakah sbb ego saya ni rendah dan bukan manusia yg suka bermegah- megah? Benarkah saya bersikap rendah diri dari masa ke semasa? Jika sebab-sebab ini lah yg buat saya kurang menyerlah dan manusia sekeliling tdk rasa saya ini entiti yg besar dan penting dlm hidup mereka, apakah daya saya?

Saya amat mementingkan mereka, sbb ... atas sbb yg saya sendiri tdk yakin utk menggambarkan/menyatakan melalui kata -kata (mungkin sbb kami ni ada klik, ada persefahaman yg tinggi dan betul - betul jarang wujudnya manusia yg anda boleh berbual dgn rasa yg selesa, tdk kira apa-apa aspek sekali pun cthnya usia, pangkat dan darjat serta penerimaan mereka ke atas diri anda yg tdk seberapa, semua perkara private atau tdk private , dikongsi bersama dan dibualkan tanpa ada rasa malu-malu, nak cover cover ke, bertanya pendapat masing - masing dan ada kalanya menitis airmata bersama-sama dan selepas itu menepuk bahu masing - masing seolah-olah dah berkurun lamanya kenal antara satu sama lain).

Emmm, di manakah Encik Choy berada? Kalau x dapat cari, tutup laptop, pi rehat, mata anda makin kurang sihat .... hehe. Somehow i ended in a spot light position.... weird weird ....

Mungkin kah keakraban sesuatu perhubungan itu membuat kami mengambil sambil lewa atas kewujudan masing-masing (take for granted because you believe / ASSUME that someone understand you fully or you think you would understand someone else in a perfect manner ? Saya rasa perkara ini tdk asing, sebagai mana kami melayan ibubapa, atuk dan nenek ... rakan sebaya.

Apa yg saya bimbangkan ialah kehilangan mereka dan perasaan menyesal menghantui diri buat selama lamanya.

Apakah daya saya? Bagaimana saya boleh mengubah pemikiran mereka atau sekurang-kurang membolehkan mereka lebih memahami scenario hidup ini?
Apakah yg menghalang diri saya utk membentuk dan mengejar hidup yg saya impikan dan idamkan?

Saya yakin adakalanya suara hati anda akan berbunyi ,


" La, hari ini x jadi x pa la, esk boleh berjumpa lagi, xpa, masing- masing sibuk ma", atau

"xpa, sms pun jadi lah, esk kan ada peluang lagi utk bjumpa/berbual ".

Dan adakalanya, sms yg anda FIKIRKAN atau RASA tdk penting seperti :
" rasanya mereka faham dgn style saya ni, x payah la reply , malas , bukannya penting sangat utk saya, bila2 boleh berjumpa "

Apasal la manusia yg berkemampuan , tdk ada masalah pasal duit atau kredit ini payah sangat nak membalas/ menghantar sms atau membalas/memberi call ? Bukannya susah pun, bukannya setiap hari perkara yg sama akan berlaku. - Saya mengambil situasi di atas sbg contoh shj, ada PELBAGAI contoh lagi -

Tidak kah pemikiran manusia sedemikian terlampau positif? Sedangkan kami semua tdk pasti apa yg akan berlaku esk dan dikemudian hari !

Saya tinggalkan persoalan di atas utk tatapan saudara, sila renung - renungkan dan soalan terakhir utk entri ini :

Dlm kehidupan ini , apakah yg penting buat anda? Apakah yg anda berusaha utk carikan / dapatkan / kejarkan selama ini dgn menukarkan sisa-sisa kehidupan ini? Ingat, jantung anda berdegup setiap saat dan tempoh riwayat hidup anda sedang berlalu, tanpa henti .

Gambar pemandangan di tepi pantai Pulau Pangkor
ChoyHH

No comments: