Saturday, April 18, 2009

Tahap Persahabatan- ertinya?




Salam sejahtera semua,

Pernahkah rakan - rakan terfikir dimana kebanyakkan masa dlm hidup anda diluangkan? Bersama keluarga? Bersama rakan - rakan? Walaubagaimana pun, yakni, masa anda diluangkan bersama dgn insan-insan yang penting dlm perjalanan hidup anda.

Memandangkan keluarga merupakan suatu pembolehubah yg dimalarkan (kebiasaannya anda mungkin hanya memiliki 1 atau 2 buah keluarga sahaja- keluarga asas anda bersama ibubapa, keluarga sebelah isteri atau suami), ayuh, jom kami berbincang ttg jenis - jenis rakan yg anda sering bertemu sepanjang hidup anda. Peranan yg mereka mainkan terlampau penting dlm aspek kehidupan.

Menurut kajian ahli psikologi, sekiranya memori saya masih mantap berkenaan dgn isu ini, rakan2 digolongkan dalam kumpulan :

1. Rakan sebaya (agak umum)
2. Rakan sekadar kenalan (tahu nama / sekadar tahu rupa)
3. Rakan yg dibuat/diberi nama rakan atau sbb urusan rasmi / kerja
4. Rakan mentor/ yg lebih tua dan biasanya sumber inspirasi/ ilmu
5. Rakan sehidup semati ..haha, tdk ada kata yg lebih tepat selain ini
6. Rakan 'kedai kopi'
7. Emmm, kumpulan yg lain saya tdk ingat, tdk penting. Kalau ada terfikir apa2 kumpulan yg lain, sila komen.


Sebenarnya, ada satu skala yg dicadangkan oleh seorg prof, mengenai peringkat dalam suatu persahabatan / hubungan. Cth : friend - good friend- close friend - great friend - ....dan sebagainya (mainkan perkataan perkataan aje, dan disebabkan manusia memanipulasikan kata- kata utk mengekpresikan perasaan/ keintiman mereka, maka tdk mustahil utk mewujudkan suatu skala.

Satu soalan, saya ni sebagai rakan anda, digolongkan dalam kumpulan yg mana? Bagaimana pula rakan2 yg anda sering bertemu (tdk kira usia) berada dalam pilihan yg mana satu?

Saya rasa rakan-rakan semua mampu menilai tahap suatu keintiman daripada kumpulan diatas, berdasarkan tanggapan anda. Cuma ada satu perkara atau ' mindset' yg saya harap boleh rakan-rakan memberi ruang utk penilaian dan perubahan.

1. Usia seorg rakan serta status/ ilmu yg dimiliki bukannya faktor utama dlm sesuatu persahabatan yg kukuh.

Cthnya : Ah, saya ada seorg rakan yg berstatuskan menteri , tahap yg tinggi tinggi tu, rakan yg bekerja sbg doktor, peguam , arkitek ... dan sebagainya. Saya tdk yakin ayat yg berikutnya tetapi kebiasaan jika status/pangkat darjat diambil sebagai suatu faktor perangsang dlm persahabatan, mungkin hubungan itu tdk akan stabil. Mungkin faktor perangsang ni bagus utk langkah permulaan tetapi jika anda saja ingin bersahabat dgn insan sedemikian krn populariti dan mereka ada ' nilai ' pd anda ... saya pun akan 'buang' anda dari list rakan SERTA- merta ..haha. Anda akan digolongkan dlm list rakan sekadar nama dan anda mungkin jenis yg tdk ada signifiikasi dalam hidup.

Persahabatan hanya akan kukuh jika
diasah (keep intouch utk tahap pertama), diberi peluang ( cthnya rakan2 yg berjaya mengharungi pelbagai dugaan hidup bersama anda, yakni, mrkl ah rakan yg betul2 berharga utk anda - dugaan hidup, bukan constant, bukan dlm kuasa anda tetapi anda diberi peluang utk memilih rakan yg anda inginkan utk merentasi memori suka dan duka dlm hidup).


Hanya faktor masa serta keizinan dan peluang drp Nya menjadi penentu kepada suatu perhubungan yg teguh . Keikhlasan memainkan peranan juga.

Satu persoalan, kebiasaanya, anda suka bersahabat dgn jenis manusia yg bercirikan apa?

1. Ada ' nilai ' yg boleh membantu saya nanti.

2. Entah, tengoklah sapa sapa yg datang, saya serbu aje. Kalau selesa ,pakai aje, x selesa, buang aje.

3. Peluang hanya terbuka kpd rakan2 yg memberi saya inspirasi, yg mendapat sanjungan dan hormat daripada saya.

4. Saya tdk percaya pd persahabatan dan saya akan bersahabat jika itu lah masanya dan secara lazimnya, saya tdk akan melaburkan apa2 perasaan dan masa dlm aspek ini.

5. Mungkin saya hanya akan menggelar seseorg itu ssbg ahabat setelah pelbagai rintangan dlm hidupan seharian berjaya ditempuhi.

6. Saya menggelarkan kesemua manusia sbg sahabat. Apa salahnya sbb kata-kata saya itu mampu memuaskan dan menggembirakan sesetengah insan-insan dimuka bumi, dan setelah dapat imej yg baik, mungkin mrk akan berguna kpd saya suatu hari nanti.

7. Tak tahu lah Choy, ' harddisk' saya dah mula terbakar setelah membaca entry anda.

8. Ada banyak opsyen lagi... tapi cukuplah buat masa ini. Rakan2 pandai - pandai lah buat penilaian atas diri sendiri.

Jika saya yg akan memilih berdasarkan soalan - Saya akan bersahabat dgn insan yg ...
Tdk ada jawapan yg tepat, atau jawapan saya merupakan kombinasi opsyen opsyen di atas.
" Choy ni, tdk setia pd persahabatan la " - Kepala hotak hang ! Kalau nak disalahkan, salahkan persepsi dan sikap masyarakat ini sbb segala tindak tanduk ' baik' dan mulia mrk berakar dalam diri saya dlm proses tumbesaran.

Satu contoh yg tepat berikutan lawatan saya ke Hospital Bahagia ( ah, dah mula tu fikir yg bukan2, persepsi yg negatif). Adakah anda boleh berkawan dgn pesakit2 .... baiklah, lets say, sesiapa lah disana? Kenapa jawapan anda ya , tidak , tidak pasti, dan terpulang kpd keadaan? Bimbangkan keselamatan anda? Bimbangkan darjat dan status anda? Ceh, kenapa nak berkawan dgn mereka sedang ada banyak manusia lagi dimuka bumi ini? Pelbagai tanggapan dan persepsi.... negatif mengatasi positif, bukan?

Jika saya kata, mereka juga manusia yg normal dan beremosi spt mana anda cuma mrk ada masalah dari segi neuron mrk, adakah pendapat/tanggapan anda akan bertukar?

Saya apa macam, banyak berceloteh aje, nak tahu pendapat anda? Saya boleh berbual dan bersahabat dgn mereka, cuma saya masih kurang selesa dan bimbangkan keselamatan saya. Kenapa? Jika diberi pendedahan, dgn keizinan Tuhan, persepsi saya akan makin baik, keikhlasan dan kesanggupan saya ada. Satu soalan, mengapa saya ada persepsi yg buruk ttg mereka sedangkan saya langsung tdk mengenali mereka, sakit , so what?

Saya ingin ' berterima kasih' kpd sesetengah masyarakat didunia ini lah, sbb mereka yg mem ' programkan' perkara2 yg ' kurang' elok dlm minda saya.... tanpa disedari, perbuatan mereka telah ' membuahkan hasil' dan saya perlu ambil masa utk DE-programkan , atau RE-programkan minda saya semula. Faham maksud saya?

Begitu juga dgn persahabatan, jika anda tdk mengambil apa2 faktor
(spt usia, status, pendapat negatif. masa hadapan - benda2 yg anda tak nampak tetapi dijadikan faktor utk membuat penilaian .... dan sebagainya), selain daripada keikhlasan dihati dan ajaran agama, buka kan lah hati anda utk menerima seorg insan seperti mana yg dikurniakan dlm hidup anda dan cuba mengambil berat dan memahami maksud yg manusia cuba sampaikan pd anda, Tuhan mungkin akan menunjukan jalan yg seterusnya pada anda.


Anda tdk akan mgalami kerugian jika hanya menukar persepsi anda, ke arah yg lebih baik.
We are all friend, kami semuanya bersaudara di muka bumi ini, why can't we?

Saya menganggap anda ini sahabat saya dan kalau boleh, saya ingin anda menjadi rakan baik dan seterusnya hubungan yg makin kukuh dan akrab. Apakah tanggapan anda pada saya? Layak kah saya digelar rakan?

Ambil lah masa , dan perlahan lahan , jom jalan bersama-sama dalam liku-liku kehidupan ini dan dgn peluang dan keizinan drp Nya, kami semua akan menjadi insan yg penting dlm hidup setiap manusia dibumi, mulakan dgn Malaysia dulu la... to make it a better place for living ! Tukarkan perasaan was-was dan ego kepada keikhlasan dan keberanian utk berfikir secara positif ! Berikan peluang dan wujudkan peluang dlm hidup ini, selagi anda masih bernafas...



Bonds... bukan James Bond ya !

ChoyHH

No comments: