Monday, April 27, 2009

Help us, Help yourself n Help me

Salam sejahtera semua,

Ada peluang nanti , saya merumuskan entri ' Selsema khinzir' dlm blog saya nanti, beserta dgn informasi lengkap dlm Bahasa Malaysia .

Saya andaikan info Bhs Inggeris yg saya berikan dah memadai, kalau tdk mencukupi, dipersilakan utk klik pada laman-laman maya lain yg saya sertakan pada blog (kesemuanya Bhs Inggeris cuma bahagian keratan akhbar ada satu artikel dlm BM - Utusan Malaysia ).

Berikan saya masa, kebelakangan ini sibuk menulis esei BM ( 800-900 patah perkataan), elok juga saya bermanja manja dgn bahasa ini dlm blog ( khusus kpd rakan-rakan yg sudah lama 'meninggalkan' bhs ini ). Saya harap kebolehan saya dtg semula pd diri saya. Dulu saya agak , boleh tahan dlm Bhs Malaysia- banyak karya dan penulisan ... sekarang ni, bila cuba menggunakan Bhs yg berbunga-bunga , kena fikir 2 /3 kali sbb was was (muskyil) penggunaannya tepat atau tidak.

Berkongsi / didik lah saya jika ada apa yg silap, jgn berdiam sahaja kalau anggap saya ini rakan anda (kalau takut guna kata ' rakan', guna lah perkataan 'kenalan'. Sebabnya mungkin belum ada rasa bangga berkenalan dgn saya , maklumlah, saya manusia yg kerdil dan biasa sahaja di dunia ini. Tdk sepenting mana ...


ChoyHH

No comments: