Friday, April 3, 2009

Pelajar mati akibat ketumbuhan dalam otak



Salam sejahtera pada rakan2 semua,

Penulisan berikut tidak ada unsur2 utk menyakitkan atau mengkritik mana-mana pihak , sekadar pendapat yg terbuka dan komen.

Berita yg agak menarik dan menduka citakan pada pagi ini.

SEREMBAN 2 April – Kematian murid lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru, Gemas, Chan Qi Xin, 9, semalam, selepas beberapa jam dirotan gurunya disahkan berpunca daripada tumor dalam otaknya yang pecah.

Ada tumor otak pada usia 9 thn, wow...

Bapa mangsa, Chan Teen Fat, 40, yang terkejut kerana tidak pernah tahu anaknya menghidap penyakit tersebut berkata, perkara berkenaan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya.

“Kami sekeluarga berasa sangat sedih kerana selama ini tidak tahu Qi Xin menghidap penyakit tersebut sehinggalah insiden dia dirotan berlaku.

“Sebelum ini, dia (mangsa) juga langsung tidak mengadu serta tidak menunjukkan tanda-tanda sedang sakit,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Jaa'far (HTJ), di sini hari ini.

Jelas beliau, anaknya yang aktif dan ceria sebelum ini membuatkan mereka sekeluarga tidak mengesyaki bahawa Qi Xin menghidap sebarang penyakit.

Dalam kejadian tengah hari Selasa lalu, murid lelaki itu mengadu sakit kepala selepas dirotan oleh guru perempuannya di tangan.

Sejurus selepas insiden itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, untuk rawatan lanjut.

Ibu bapa murid itu kemudian membawa Qi Xin pulang ke rumah selepas pihak hospital memaklumkan peluang untuk anak mereka pulih amat tipis.

Qi Xin meninggal dunia di rumahnya pada pukul 3.30 pagi semalam.

Tambah Teen Fat, mereka sekeluarga menerima kematian anaknya itu dengan hati terbuka dan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

“Saya tidak menyalahkan pihak sekolah dan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa,” katanya yang masih bersedih dengan pemergian Qi Xin.

Sementara itu, di Johor Bahru, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, kematian murid itu tidak mempunyai kaitan dengan tindakan guru merotan kanak-kanak itu di bahagian tangannya.

Betul ke kalau andaian ttg insiden merotan itu LANGSUNG tidak ada SEDIKIT pun hubungkait dgn keadaan pesakit. Stress xda?

Osman berkata, laporan bedah siasat dari Hospital Tuanku Ja‘afar di Negeri Sembilan mendapati Qi Xin meninggal dunia akibat pendarahan otak.

Xkan pendarahan berlaku secara tiba-tiba?

“Tidak ada kaitan (dengan rotan). Kematian mangsa disebabkan pendarahan otak.

“Bagaimanapun, kita akan mengambil keterangan daripada guru tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Perancangan dan Pembanterasan Jenayah Zon Selatan membabitkan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Berita Harian , 3 April 2009 ( url disini )


Disini ada surat pekeliling merotan, kalau nak baca, ( KLIK disini )


Betul ke?

Apakah ikhtibar yg boleh kami ambil berikutan kejadian ini?

1. Kalau ada masa dan wang, buat lah body check up bila usia dah menjejak 30 an, kalau boleh, bila - bila aje, umur 10 thn ke ... jgn tunggu sampai ada masalah baru merujuk kpd doktor.

2. Adakalanya nyawa manusia diibaratkan bagai sekeping kaca yg mudah tercalar dan pecah bila dilanggar dgn objek yg keras (insiden, impak dari apa2 benda mahupun fizikal tubuh badan manusia - jgn main cepuk mencepuk, pukul memukul , tampar menampar sesuka hati. Saya tdk kata semua manusia bila ada masa aje main batu seremban / congkak dan melarang diri daripada menyertai aktiviti yg lasak, cuma jagalah diri baik2, CERMAT sedikit).

3. Anda tdk boleh membuat sebarang andaian ttg hidup manusia yg lain, termasuklah diri anda. Mustahil anda boleh tahu segalanya ttg seseorg insan termasuk lah diri anda , contohnya dari aspek kesihatan. Malang tdk berbau, TETAPI pastinya ada asal usul nya / penyebab kejadian.

"Ceh, rotan sikit sikit aje ma, xa masalah punya la, tampar dan tendang pun saya 'kawal' kekuatan saya ...".

Nak saya ajar macam mana nak bunuh seorg bayi yg baru lahir/ 3-4 bulan dgn cara yg mudah? Ambill jari anda, cucuk kat bahagian atas kepalanya. Mudah aje, x perlu pun cucuk kuat kuat , perlahan lahan pun boleh kay tim one la... Kawal kekuatan konon ...tdk berasas.
Pembaca2 sekali, jGN CUBA YA<>

"Kenapa mesti mengajar dgn cara mencederakan pihak yg lain? Sbb itu jln pintas dan agak terbaik ? Dulu bapa saya buat macam tu kot, cara mengajar beliau, pasti x salah kalau saya ikut punya la ..."

Fikir- fikir lah, saya tdk ingin komen lagi . Saya bukannya ada anak pun ...

ChoyHH

No comments: