Monday, December 1, 2008

SPIES- Program Pembangunan Modal Insan Selangor

Salam sejahtera semua,

Untuk entri ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman tentang Program Modal Pembangunan Insan Selangor- SPIES 1K yg saya sertai Sabtu yg lepas. SPIES membawa maksud :

S- Spiritual Quotient E- Emotional Quotient


P- Physical Quotient S terakhir- Social Quotient


I- Intelligent Quotient


Perkhemahan ini menekankan kelima-lima element diatas.

Untuk maklumat yg lebih sila klik (disini) dan sini

Baru tiba di kawasan program SPIES

Program 2 hari 1 malam ini ternyata agak menarik dari segi penempatan dan aktiviti2 yg dijalankan. Sungguhpun program ini mengandungi serba sedikit element untuk perkhemahan aktiviti, namun segala infrastruktur yg diberi agak selesa, contohnya penempatan para peserta di Chalet / rumah kayu yg cantik , dihiasi dgn katil dan tilam yg empuk, diserta pula dgn kipas syiling ( saya tinggal di rumah atas pokok, adalah sedikit kelainan berbanding apa yg saya cerita tadi).
Lebih kpd percutian yg menyeronokan.

Makanan pula diberi selang setiap aktiviti, contohnya ceramah utk 2 jam, lepas itu makan, lepas makan , ceramah lagi, lepas itu makan lagi.... dan keadaan yg berikutnya diulangi beberapa kali lagi disertai dgn aktiviti LDK. Lumayan juga makanan yg diberikan (banyak daging, ikan dan nasi beserta buah, tiada maggi dan sardin dlm tin) , percaya atau x, saya makan banyak, lebih berkali kali ganda di dalam program ini berbanding dgn keadaan saya di rumah.


Gambar seisi keluarga peserta lelaki SPIES 1K 2008...ai, laki laki hanya lah hampir 40% aje dlm trip ini.

Ceramah ceramah yg diberikan pula agak menarik, jauh berlainan dgn ceramah yg pernah saya hadiri, yg nyata, bukan kesemua ceramah berkonsepkan pergerakan statik ( penceramah shj yg bergerak, peserta duduk di kerusi goyang2 kaki), dan ceramah yg diberi meliputi pelbagai aspek, dari konsep ketuhanan,keagamaan , sosial sehingga lah ke konsep motivasi diri. Sungguh berinspirasi...

Bersedia utk mendengar ceramah pagi di dewan

Gambar bersama Li dan saya, berlatarkan asrama peserta perempuan di hujung belakang

Saya masih ingat kami semua pd waktu pagi, lebih kurang 1am, memanjat bukit sehingga lah hampir ke puncak uk menyaksikan pemandangan Putrajaya diiringi dgn bintang2 bertaburan di langit, dan ditemani tiupan bayu yg selesa dan segar. Musik musik dimainkan dgn perlahan di sertai dgn seorg penceramah yg berkongsi pengalamannya yg manis dan pahit sehinggakan ada ramai peserta yg menitis kan air mata...



Kesimpulan yg mudah dan pendek :

1. Saya berharap program sedemikian diterus kan lagi (ya, saya pasti akan menyertai jika ada peluang dan keizinan drp Nya ).

2. Program ini terlampau pendek ( 1 mlm 2 hari) tetapi effisient, menarik dan lain dr yg lain ( merujuk kpd percutian/perkhemahan yg pernah saya sertai). Apakah kelainannya.... sabar ya, nanti bila saya free, saya tulis lah panjang panjang. Bagus juga, sbb ramai pembaca ini pengiat / peminat aktiviti sedemikian.

3. Terima kasih kpd Kerajaan Negeri Selangor krn memberi peluang kpd kewujudan aktiviti ini- percuma pula tu, makan pun boleh tahan ( makan lebih berbanding drp aktiviti lain - berlainan bukan ? haha...

Terima kasih kpd Li ( Ustaz Herzali, rakan baik saya) krn menjemput saya utk menyertai program ini, malah membuka peluang kpd pelajar2 lain yg 'bernaung di bawah tuan hamba' - my friends...tapi x sangka pula, mungkin saya ini pelajar senior, yg paling tua pula dlm kem itu.....)

Gambar bersama Li ( Ust Herzali), John dan Kean Seng

Tdk lupa kpd Ustaz Arifin Aziz, penat lelah beliau dlm mengatur kan program ini, Encik Syamsul, ada seorang lain , terlupa namanya, fasilator2 dan pakar Motivasi yg dijemput serta, rakan rakan IPTA. Terima kasih kerana mewarnai hidupku sepanjang tempoh perkhemahan tersebut... yg terjalin tali persahabatan tu, terus kan lah bertegur sapa dan keep intouch, dgn keizinan Nya, bertambah kuat lah tali persaudaraan antara kami semua .


Ini gambar bersama Ustaz Arifin(posisinya sebelah saya) , Encik Syamsul (sebelah Ust) dan rakan2 lain.


Apa yg saya rasa menyesal ttg aktiviti ini:

1. Cuma satu, saya tdk berkesempatan mengenali Ustaz2 dm program tersebut (terutama Ustaz Arifin Aziz dan Brother Syamsul ) termasuklah penceramah- penceramahnya sekali, fasilitator2 serta peserta yg lain ( yg bercakap kat depan /dijemput utk berbicara dikhalayak ramai dan yg pernah berinteraksi, kenal lah, contohnya saya.... lain kali baru menyentuh ttg hal ini, yg duduk diam tu.... payah nak kenal sbb masa program agak pendek.

Erm..panjang juga ya kesimpulan pendek ini..haha.

Sehingga lah bersua kembali di ruangan blog ini, rakan rakan semua, jaga lah diri dgn baik.


Soalan pop kuiz tanpa ganjaran, Apakah gambar yg ditunjukkan di bawah dan mampukah saudara -saudari mengaitkan gambar ini dgn percutian saya kali ini? Saya yakin tiada akan ada jawapan yg tepat drp rakan2 semua . Ermm...fikir fikir lah dulu...






Jawapannya, Lain kali lah baru saya jawab...







Bergurau aje,


'Dia' merupakan member 'tersembunyi' kami di dlm rumah pokok. Dah sepanjang malam dia bermalam dgn kami semua ( 4 org termasuk diri saya). Xda org yg sedar melainkan saya sbb saya yg bangun paling awal dan memasang lampu...

Sungguhpun aktiviti dlm program ini sangat padat, sempat juga saya tidur selama 3-4 jam, x sangka pula dlm diam diam, dia muncul dari entah mana, tiada pula suara, pintu dikunci...


Anyway, dia duduk diam diam dlm satu corner, tdk berganjak dan berbunyi pun , sehinggalah kami semua bangun diawal pagi. Nasib baik, kami tidak dikejutan dgn ciuman Si kodok. Nasib baik juga dia tdk dilenyek kan oleh rakan2 saya...haha, tidur mati ma (kecuali saya),


Walau bagaimanapun, bayangkan saudara saudari dibangunkan/dikejutan oleh Si comel ini , di cuuu la( cute kissy froggy face) , ... apakah perasaan dan keadaan pagi anda? Haha...



ChoyHH

1 comment:

runescape gold said...

how can you write a so cool blog,i am watting your new post in the future!