Sunday, December 14, 2008

Kenapa perlunya ada blog? Entah la ...

Salam bahagia semua,

Soalan yg mudah tetapi agak tersirat. Mengapa anda memulakan blog anda? Kenapa perlunya ada blog dan mengapa anda kekalkan blog anda? 3 soalan berbeza di sana.


Saya sering membaca banyak blog, termasuk blog2 rakan dan blog2 org yg asing pd saya. Ramai yg mggunakan blog utk tujuan komersial / ingin mencari sumber pendapatan. Ada juga yg ingin mencabar diri dgn bermacam macam isu, termasuk lah isu isu sensitif tanpa melapiskan kata kata mereka. Ada juga yg berelemenkan politik semata2. Ada blog yg diwujudkan utk menjahanamkan blog penulis2 yg lain, maksud saya kewujudan blog yg suka mencari masalah dlm penulisan blogger yg lain, biarpun mungkin penggunaan kata2 yg kurang tepat mahupun cuma masalah yg teramat kecil sekali...macam bermusuhan aje. Salah ke? Apa yg anda boleh buat?


Mungkin kesemuanya ada agenda2 yg tersendiri, baik atau buruk, ada yg dah tutup telinga dan mata sehingga perkara yg baik/buruk sudah bukan isu yg penting, dah xleh nak bezakan baik/buruk. Mungkin pd mrk, apa yg mrk lakukan itu baik semata2, who knows, definite not you as you are not that individual. Biarpun kami semuanya hidup di dunia yg sama, tdk bermakna kita semua perlu bersifat duniawi sentiasa.



Cuma satu perkara aje yg saya ingin merepek, bila membaca blog, baca lah diantara kata2 penulis, apa kah niat penulis yg ingin sampaikan, baik atau buruk? Kalau rasa tdk baik / tersinggung ke, tutup mata, dan beralih ke laman web yg lain, kalau x puas, tulis lah komen secara waras, jangan tulis bagaikan manusia yg tdk bermoral dan tdk berpelajaran. Tiada sebabnya nak menyusah kan diri sendiri dan org lain. Masing masing ada hak bukan, terutamanya hak memilih. Biar pun dah tercabar, kawal kata2 tu. Mengapa? Kami kan semua manusia yg budiman, berpelajaran dan percaya pada kewujudan suatu kuasa yg mutlak di dunia ini? Ingat2 pada Nya la.

Saya main tulis aje apa-apa isu, tetapi sentiasa waras dlm mengawal kata2. Pernah juga saya terfikir yg blog ini patut bermain peranan yg penting dlm dunia perubatan atau sekurang kurangnya menyumbang lah sedikit kpd dunia ini. Akhirnya, blog saya ini dah mengalami pelbagai perubahan, dari warna yg teramat serius sehingga lah kpd blog yg anda lihat sedia kala, berwarna warni dan agak kurang serius. Mengapa? Bukan sbb xda org baca, mahupun rakan minta tukar gaya atau publish lah material yg beransurkan motivasi/ lebih kpd diri (saya xda apa-apa pun yg istimewa, saya ialah saya ma, bukan jutawan, bukannya jejaka yg tampan mahupun cendekiawan . Cuma makin banyak menulis, makin lebih anda mengenali diri anda, saya mendapati kelemahan pada diri semakin bertambah dan kewujudan saya makin kecil jika dibandingkan pd Nya.


Contohnya, saya yg pernah kehilangan sahabat baik, sudah tentu, penulisan saya lebih menjurus kpd artikel mengenai persahabatan dan disertai element element kesihatan/perubatan sbb, ramai sahabat sahabat penting saya diluar sana tu. Saya suka melihat mrk berjenaka, senyum dan gembira sentiasa. Harap yg baca tu rajin rajin la update blog sekali sekala...haha, sbb sesetengah rakan tu sukar nak berjumpa.

The computer demands...

Minat tu boleh sekejap timbul, sekejap elek. Jadi, tulis lah bila ada minat, jgn paksa diri. Blogging dah menjadi hobi saya, nak kata hobi yg baik 100% , tak lah. Saya kekalkan blog ini sbb niat saya belum tercapai, mungkin x akan tercapai sama sekali, kenapa saya perlu ada blog, sbb nak capai niat niat saya .... rahsia ni...haha.



Just be yourself and write what you are happy about with considerations to others. As long as you care about others and mean no harm, dgn keizinan Tuhan, semuanya ok la. Jangan mengharap sangat pd manusia ini, nanti hidup lagi bertambah pedih, tiada manusia yg mampu membaca minda yg lain ya. It is not always U Give what U take or the more U give, the more U receive. Nah.... it is far far frm reality. Ada banyak manusia yg tdk ada kerja diluar tu, maka mrk menggunakan kekasaran dr segi bahasa/perbuatan utk menarik perhatian.You cant do anything to them but u can choose to do something for yourself/ involve you alone.



Mungkin ramai yg tdk bersetuju, tetapi saya buat baik krn saya ingin berbuat baik, tak minta apa2 pun dari Nya melainkan ,Please be right by my side, watch me. Tiada pula saya minta pahala mahupun balasan yg baik. Bila dah meminta/berhajat tapi x dapat pula, nanti salahkan pula dunia padahal, mana lah ada peraturan yg mengatakan buat baik dibalas dgn baik? Mungkin ada, manusia yg tulis peraturan itu. Saya bukan bermaksud jika saya tdk ingin berbuat baik, saya buat jahat pula ya. I am no angel ma, mustahil saya boleh jadi angel 24 jam sehari, 365 hari setahun. Saya kan manusia yg serba kekurangan...kena ada cuti.

Akhir kata, saya mohon maaf jika tersinggung perasaan sesiapa. Kenapa saya tulis entri ini? Entah la, sbb saya ingin kot, bukannya dapat se sen pun, mungkin sbb saya mengambil berat ttg sesetengah rakan2, mungkin juga saya ada kelapangan.... haha, fikir fikir lah ya.

ChoyHH

4 comments:

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam sejahtera.

Terasa sikit la kawan :) Hehehe. Apapun bila baca blog anda dan terutama artikel awak ini, membuatkan saya :) dan ada ketika ketawa.

Apatah lagi bila awak selang seli dengan gambar kartun yang begitu menarik sekali.

Saya juga merasai transformasi penulisan blog seperti awak. Cuba awak lihat posting saya yang pertama hingga kini. Cukup berbeza dan.....unik barangkali :)

Penulisan blog ini membolehkan orang ramai mengetahui diri kita yang sebenar dan dalam masa yang sama kita mencatatkan kisah perjalan hidup ini.

Kita tidak tahu pada masa depan apa akan terjadi pada diri kita. Seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku pada diri kita, sekurang-kurangnya kita ada blog untuk orang lain mengingati diri kita. Kawan-kawan serta keluarga tersayang.

Akhir kalam saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membuat saya ketawa sebentar apabila melihat kartun yang disediakan oleh awak :)

Tersalah bahasa mahupun terkasar, saya mohon maaf kawan.


Akmal Hisham Abdul Rahim

Choy HH said...

Hehe, terasa ya Mal.Mal, sebenarnya saya tulis entri ini khas utk anda dan sesetengah rakan lain. Bagus jika anda terasa, saya memang hendak anda rasa sesuatu, kalau tdk, maksudnya penulisan saya langsung xda impak pd pembaca.

Semua pendapat anda memang saya amat setuju sampai nak angkat kaki sekali kecuali , bila Mal menyentuh ttg

' Seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku pada diri kita, sekurang-kurangnya kita ada blog untuk orang lain mengingati diri kita. Kawan-kawan serta keluarga tersayang' ... rasanya tdk tepat.

Saya boleh agak siapa pembaca saya dah manusia yg hampir seusia saya, manalah ada blogging, semua nya sibuk. Ada masa pun pi Facebook/friendster.

Kalau nak mengharapkan blog shj utk org lain mgingati diri kita, rasanya diri kita ini tdk penting dan tdk bermakna mana kpd insan yg lain.

Dulu, ada rakan baik yg berkata kpd saya , " Choy, people come and goes in our life, cheer up buddy" !
Saya pd masa itu, sangat terasa benar, dan amat tdk bersetuju, cuma rakan saya ini dah ada pgalaman dlm hidup lebih 50 thn, tentu ada maksud disebalik katanya.

Cuba Mal fikit selain keluarga, siapakah yg akan berada disamping anda bila sakit? Adakah anda akan menghubungi rakan baik anda jika sakit, bagaimana pula dgn sakit yg tenat.

Ini lah situasi yg berlaku pd sahabat baik saya. Beliau sakit tenat, cuma pd luaran nampak biasa aje, tanya x jawab.... khabar baik sentiasa keluar dr mulut dan sering senyum. Akhirnya, beliau pi macam itu aje la, saya hanya mengerti pasal keadaannya selepas kematiannya, lebih kurang 2 bulan.

Macam mana saya tahu? Jgn tanya, pedih rasanya bila anda mencari seorg sahabat utk berbual dan beramah mesra, tiba tiba hilang khabar berita, selepas tu terima sepucuk surat yg mengandungi kata-kata terakhirnya yg dikirim oleh keluarganya.....

Hidup ini macam drama . Adakalanya, benci juga dgn manusia ini, bila dilayan dgn baik, adalah muka yg was was, udang disebalik kueh tiau katakan, kalau buat muka lima puluh sen, sombong pula dikata. Bila baik, wow datang berpusu-pusu, bila dah dengar sikit sikit khabar angin yg kurang tepat dan tdk merangsangkan... tdk pernah pula bertanya apa2, masing masing dgn konklusi yg tersendiri yg selfish.

Dilemma kehidupan katakan, nasib baik, kepala saya tdk penuh dgn uban dan bermuka bengis...hahaha.

ChoyHH

handmade jewelry said...

can you email me: mcbratz-girl@hotmail.co.uk, i have some question wanna ask you.thanks

Choy HH said...

Sure,

You can always publish your questions or thoughts in this blog. I'll reply it/write on it if it is within my capability.

ChoyHH