Sunday, November 23, 2008

Yoga dan agama...

Selamat sejahtera semua pembaca,

Ah, isu di atas...dah menjadi betul betul suatu isu yg hangat, sampaikan perkataan 'haram' digunakan. Sebenarnya, saya tdk berminat hendak komen apa apa tentangnya, tetapi, rasanya perlu lah mengeluarkan suara hati saya mengenainya. Saya pernah mempelajari tentang pelbagai jenis perubatan dan Yoga dikategorikan sebagai salah satu cabang dlm perubatan alternatif (contoh -contoh lain seumpama Tai Chi, Jamu, perubatan daripada herba ... apa- apa sahaja asalkan bukan mengenai ubat moden dan penggunaan dadah atau elemen serupa)

Tegas saya berkata, saya tdk menyebelahi mana- mana pihak dan entri ini juga bukan bertujuan hendak menimbulkan apa apa isu atau salah faham, cuma pendapat dari seorg pihak yg tdk seberapa.

Secara rumusan, Yoga ditentang dlm suatu agama kerana dikhuatir/dibimbangi akan menghakis akidah penganut agama jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi yg melibatan jampi/ mantera dan pemujaan...

Persoalan pertama :

Tdk kah sesetengah pihak mempunyai keyakinan / kepercayaan / disiplin / pegangan terhadap agama yg dianuti? Jangankan ada kepercayaan / pegangan sahaja kpd agama yg dianuti, tdk kah ramai juga patut percaya dan ada keyakinan pada penganutnya juga?

Dikhuatir dan dibimbangi ....bla bla, itu suatu alasan yg tdk kukuh dan menggunakan perkataan haram pula tu. Kalau begitu, banyak buku dan rancangan televisyen (bomoh la, banyak) yg boleh menimbulkan keadaan seumpama itu, kenapa tdk diharamkan juga? Baik juga jika perkara - perkara itu dihapuskan sama sekali? Barangkali pemakaian yg agak seksi/ menjolok mata, juga mengundang perkara/ tujuan yg sama? Bakar lah dan halanglah fesyen fesyen masa kini, campak kan lah /lontar kan lah batu batu ke arah manusia yg berpakaian sedemikian.

Persoalan kedua :

Erm.... Yoga memang ada banyak kebaikannya, tdk boleh dinafikan . Satu situasi utk pembaca analisa. Bayangkan anda / saudara terdekat mengalami sesuatu penyakit yg tdk boleh diubati, contohnya kanser. Anggaplah bahawa ada suatu cara atau benda (saya tdk mengatakan apa benda dan cara tersebut), yg memang boleh mengubati penyakit itu. Soalannya, apakah anda sbg seorang manusia akan :

A) Apa- apa cara ( yg diikhtiraf, yg memang terbukti berkesan) patut dicuba utk mengubati pesakit tersebut sbb ini babak yg melibatkan nyawa seorang insan.

atau

B) Apa apa cara yg bertentangan dgn kepercayaan (sekali lagi, saya tdk apa apa contoh kepercayaan) patut / akan dijauhkan , biar pun , nyawa insan yg tdk bersalah itu akan terkorban? Ini dah menyalahi etika kemanusiaan (... entah lah pasal agama..). dan balik ke rumah ke , ke tempat lain ke berdoa agar keajaiban akan muncul secara sediri.

Sila simpan jawapan dlm diri anda sbb entri ini bertujuan utk menimbulkan suatu kesedaran dlm diri , bukan utk tujuan yg negatif sama sekali.

Pada pendapat saya, jika seseorg itu mempunyai akidah, kepercayaan kpd diri dan kepada Nya, isu isu seumpama ini tdk patut berlaku. Yg berlaku mungkin di sbb kan tiada pendedahan dan komunikasi satu pihak sahaja, erm.... mungkin agak kasar saya berkata ini, hanya satu pihak cuba menanam kan suatu bentuk pemikiran ke atas pihak yg kurang arif tentang suatu hal dan memanipulasikan seseorang secara paksaan tanpa memberi kesedaran terdahulu ttg suatu isu. Jgn melihat suatu hal dlm satu arah sahaja.

Kami semua pengamal dan penuntut ilmu perubatan , tdk pernah pula timbul isu seumpama ini masa menyelidik , membentang dan membincang pasal isu perubatan alternatif. Tiada org mengacukan pistol dekat dgn kepala anda dan memaksa anda berjampi atau memuja sesiapa. Fikir lah secara rasional, dan jangan lah menggunakan kata - kata negatif seperti haram dan menggunakan agama sbg suatu pendekatan/ alasan . Tdk salah, tdk semestinya betul...

Fikir lah ...

ChoyHH

3 comments:

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam sejahtera.

Senaman adalah satu cara yang baik untuk menyihatkan tubuh badan kita. Malah matlamat 'senaman' itu sendiri bertujuan untuk menjadikan diri fizikal kita lebih baik dan mental menjadi sihat.

Cuma dalam isu Yoga ini agak complicated.

Sebab umum mengetahui bahawa Yoga ini adalah senaman. Namun bila kita selidiki kita akan lihat apakah Yoga itu.

Apa yang penting disini yang perlu saya jelaskan adalah segala keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan JAKIM...hanya untuk mereka yang beragama Islam sahaja.

Malah, dinyatakan dalam kenyataan rasmi JAKIM bahawa sekiranya senaman Yoga itu tidak ada ritual dan beberapa lagi faktor, maka boleh meneruskan senaman itu.

Yang menjadi haram kepada Yoga ini sekiranya ada sebarang unsur kegamaan dan ritual selain Islam. Itu saja.

Bukan senang untuk menjatuhkan hukuman kerana kita perlu selidik terlebih dahulu.

Choy HH said...

Mal,

Saya amat bersetuju dgn anda. Entri saya tdk menyebelahi mana mana agama, cuma beberapa persoalan yg , jika ada masa terluang, boleh lah berfikir tentangnya. Yg penting, lihat lah Yoga sbg suatu bentuk senaman, lihat pd kebaikannya sahaja. Pemujaan dan bla bla... diri sendiri kena waras dan peka terhadap keperluan agama sendiri.Islam ke tdk, bukan persoalan utk entri ini.

Kebanyakkan pusat-pusat Yoga hanya lah bertujuan utk senaman sahaja. Memang lah Yoga yg asli itu ada kepercayaannya / ajaran tersendiri.

Pasal menjatuhkan hukuman..haha, kalau benar ada 'mangsa' yg terlibat, saya jamin isu ini pasti akan bertambah hangat.

ChoyHH

nike shoes said...

I like your blog