Friday, November 14, 2008

Artikel Mengenai Kekurangan Pengambilan Air

Satu artikel yg patut saya ingin berkongsi bersama rakan semua, diambil drp laman web - Klik disini jika was was- (laman web Utusan Malaysia Online) .

Tajuk : 24 tahun simpan batu karang - OLEH AMRAN AHMAD


Beliau tidak menyangka sama sekali sikap ambil mudah meminum air terutama air kosong, air masak atau air mineral sepanjang hari akan menyebabkan dirinya terlantar di hospital suatu hari nanti setelah mengalami kesakitan yang bukan sedikit.

Zainal Abidin Md. Amin, 44, yang gemar bersukan dan memiliki tahap kecergasan yang baik, peringatan yang diterimanya bermula tahun 1984 hingga 2002 tidak membawa mesej bahawa pada suatu hari nanti, beliau akan menjalani satu pembedahan.

"Saya telah menjalani tiga kali pemeriksaan batu karang iaitu pada tahun 1984, kedua tahun 1997 dan ketiga pada tahun 2002 serta disahkan terdapat batu karang dalam buah pinggang. Namun saya tidak mengambil keputusan untuk membuang batu karang tersebut kerana tidak berasa sakit. "Pada tahun ini, saya diserang buat kali keempat dan terpaksa menjalani pembedahan membuang batu karang kerana saluran kencing dimasuki batu tersebut dan menyebabkannya tersumbat," jelasnya ketika ditemui di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Akibat sakit yang terlampau, beliau akhirnya membuat keputusan untuk dibedah. Keputusan itu diambil kerana tidak lagi sanggup mengambil risiko menghadapi kesakitan ketika membuang air kecil sehingga menyebabkan beliau berpeluh-peluh dengan muka berkerut menahan kepedihan apabila batu karang menghalang saluran kencing.

Syukur kepada Allah Taala, beliau selamat dibedah dan doktor pakar di Pusrawi berjaya mengeluarkan batu karang itu yang terkumpul di buah pinggang sebelah kanan. ''Namun doktor turut memaklumkan ada lagi batu karang dalam buah pinggang sebelah kiri pula,'' katanya sambil menunjukkan botol kecil yang mengandungi batu karang tersebut.

"Saya akan terus menjalani rawatan dan mengikut segala nasihat doktor. Kini saya cukup sedar mengenai kepentingan dan keperluan meminum air sekurang-kurangnya dua botol besar sehari sebelum, semasa dan selepas bermain ping-pong yang menjadi sukan kegemaran sejak sekian lama," katanya lagi.

Ditanya apakah nasihat beliau kepada mereka yang gemar bersukan, Zainal Abidin berkata, bersukan mengeluarkan peluh itu bagus tetapi mesti memastikan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi untuk mengelakkan terjadinya batu karang.

Apabila seseorang itu kurang minum air, ia boleh menyebabkan berlaku kepekatan air kencing. Bahan-bahan asing (partikel) seperti 'sel epitelium' bertindak sebagai nukleus dalam pembentukan batu karang yang terjadi dari larutan garam dalam air kencing tersebut.

Kajian Daripada kajian yang dijalankan, batu karang pada buah pinggang berlaku ke atas tujuh daripada setiap 10,000 penduduk di negara ini pada setiap tahun.

Golongan lelaki dikesan lebih ramai menghidap penyakit batu karang itu daripada golongan wanita kerana saluran kencing lelaki lebih panjang daripada wanita sehingga menyebabkan pemendapan garam pada buah pinggang berlaku dengan mudah.

ADD ON - Untuk tujuan pemahaman yg lebih baik :

Saluran kencing juga dikenali sebagai ' Ureter' bukan Urethra. Gambar bertujuan untuk menunjukan struktur ureter and bahagian lain dlm sistem perkumuhan manusia / Human Urinary Tract System. Daripada gambar tersebut, sukar utk menunjukan saluran kencing utk laki laki lebih panjang atau pendek berbanding dengan perempuan tetapi, Ureter kaum lelaki jauh lebih pendek berbanding dgn perempuan - Ini adalah kebenaran.

Jika dikesan pada peringkat awal, pesakit hanya memerlukan rawatan perubatan, peringkat kedua pula melalui pembedahan atau lithotritpsy.

Jika dikesan pada peringkat serius pula, kemungkinan buah pinggang rosak dan pada tahap tersebut, pesakit memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Antara punca utama berlakunya pembentukan batu karang ialah corak pemakanan yang tidak seimbang dan seseorang itu perlu mengelakkan daripada mengambil secara berlebihan kalsium serta vitamin D yang boleh menyebabkan penyakit batu karang itu. ( terutama makanan sumber dari lautan ).

Jika ada soalan , boleh lah berkongsi dgn saya.

Choy HH

No comments: