Thursday, October 30, 2008

Respon Entri rakan bersempenaan Entri saya yg bertajuk : BM vs BM

Apa khabar semua? Berikut merupakan komen saya utk entri salah seorg sahabat saya yg menulis sebuah entri bersempenaan dgn entri Bhs Melayu vs Bhs Malaysia. Klik disini.

Mal,

Memang tepat dan bagus pandangan anda. Satu perkara yg mesti saya setuju- Memang tiada bahasa yg agung didunia ini.


Transformasi ke fasa lain, justeru , Bahasa Melayu diberi istilah yg baru sbg Bahasa Malaysia. Menurut Mal, perkara ini bertujuan utk kenegaraan, saya andai kan semua ini bertujuan utk memupuk semangat nasionalisme dan bukannya sebaliknya. Itu lah point saya yg saya menyiratkan dlm entri blog saya yg berkenaan. Saya cuma ingin menekankan yg Bahasa Malaysia milik kami semua di Malaysia (tdk mengira bangsa mahupun agama). Tdk salah kalau Mal beranggapan Bahasa Melayu adalah 100% sama dgn bahasa Malaysia dan hanya milik orang MELAYU sahaja, namun, apakah baik jika itu menjadi bahasa kami semua dan bukan milik sesetengah pihak sahaja dan sama sama lah kita memartabatkan bahasa itu. Bukannya menjadikan suatu isu kaum/bangsa dimana hanya sesetengah pihak sahaja perlu mempertahankan bahasa mereka tersendiri shj. Sbb itu saya lebih gemar menggunakan istilah Bahasa Malaysia , dan saya dibesarkan seiringan dgn bahasa itu.

Saya harap Mal boleh memahami perbezaan antara Bahasa Melayu/ Malaysia dan Bahasa Cina serta pelbagai agama dan pendedahan pendedahan yg berlaku/diberikan di dunia ini dan jangan lah membandingkan dgn pendedahan agama anda. Ia bukannya semudah spt apa yg anda sangkakan terutama dlm menjaga adat, budaya dan bahasa, sungguhpun itu memang harapan dan suatu perkara yg patut dilakukan oleh semua.

'Tuhan ciptakan kita berbilang kaum dan bangsa', betul ke? Ataupun kita sesama sendiri yg mewujudkan perkara itu? Kewujudan 'kaum' , 'bangsa' , etnik dan sebagainya tidak boleh menafikan!, lebih tepat, kita TDK BOLEH menafikan dan sepatutnya kesemua kaum duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - tetapi realitinya, tdk mengizinkan. Perkara perkara tersebut tdk patut dibeza bezakan dan dilayan secara pilih kasih, bukankan kita semua sama dibawah Nya?

'Janganlah kita sendiri yang membunuh bahasa kita sendiri atas alasan bahasa lain lebih maju, lebih indah dan berbagai-bagai alasan lagi', - Tdk Mal, realiti tdk semudah itu dan jauh dari perkataan sempurna. Bahasa itu pasti akan mengalami tranformasi, tdk kira apa jenis bahasa, atas dasar keinginan manusia, lebih tepat, dlm mencari kemudahan/kesempurnaan dlm hidup.Dan dukacita dikatakan, anda tdk boleh sentiasa berada di suatu pihak sahaja,ada situasi yg perlukan anda mengadapsikan diri anda, jika tdk, anda pasti dipinggirkan dari masyarakat ini. Bahasa itu lebih 'maju', lebih maju ke atau ada lebih sebab utk memanipulasikan bahasa itu, utk kemudahan. ' Maju ' itu perkataan utk menyedapkan ayat itu sahaja.

Satu soalan utk Mal sbb saya sedar anda suka menggunakan ayat seumpama - Bahasa kita, bahasa saya...-. Saya dilahirkan di Malaysia, maka, apa BAHASA SAYA? Bahasa Cina? Ada apa kaitan saya dgn Cina/ China? Bagi saya lah, mungkin ini agak subjektif namun, babak babak kaum ini, urusan moyang saya. Yg saya tahu, saya dilahirkan di Malaysia, dibesarkan dan hidup bersama2 dgn warga Malaysia dan bukannya China. Mal, cuba faham apa maksud saya dan situasi saya. Saya tiada sifat hipokrit pasal kaum/ agama mahupun mengagungkan ia. Tapi jgn salah faham yg saya tdk sayang dan hormat pd apa yg diajar dan di depan mata. Mustahil anda akan memahami maksud saya jika anda tdk cuba. Bila manusia tercedara, semua berdarah warna merah bukan? Ada ke yg berdarah warna lain2 sungguhpun mungkin di merata pelosok dunia yg lain, disebabkan berlainan warna kulit atau bahasa yg dituturkan?

Bahasa Melayu merujuk kepada bahasa yang agak ketinggalan zaman dan bersifat subjektif.... Saya mungkin buat silap disana, maksud saya, istilah Bahasa Melayu vs Bahasa Malaysia. Istilah Bahasa Melayu , jika difikirkan pasal fasa kenegaraan , bukan kah istilah bahasa melayu itu istilah yg agak ketinggalan zaman dan patut digantikan dgn istilah Bahasa Malaysia? Mungkin pada pandangan anda lain sbb anda berpendapat Bahasa Melayu sama sebiji, 100 % dgn Bahasa Malaysia. Mengapa perlu adakan kewujudan Bahasa Malaysia kalau bukan utk suatu sebab yg tertentu/kukuh. Kami semua belajar pasal sejarah berserta dgn istilah Lingua Franca- mana boleh menafikan keagungan BAHASA MELAYU. Bukannya alpa...

ChoyHH

No comments: