Tuesday, October 21, 2008

Bahasa Melayu vs Bahasa Malaysia? Bahasa identiti diri?

Salam sejahtera kpd rakan rakan yg sudi membaca blog yg tdk seberapa ini,

Rakan semua apa khabar? Dah sah ramai yg lepas beraya terutama pd saudara yg membakar lemang dan ketupat, dicecah dgn pelbagai jenis sos , menjamu pelbagai kuih muih dan juadah yg agak asing pd saya... ada lagi yg tdk puas, merantau jauh pula ke merata negeri dlm Malaysia, bila berjumpa, hmrph, perut sudah makin boroi, pd saya, perut yg boroi tu sebenarnya comel. Saya ada tabiat buruk suka menyentuh dan adakala nya mencucuk dgn jari. Mengapa? Haha... saya pernah terbaca dan terdengar bahawa Buddha Cina ( yg berperut comel) ada berkata yg perut yg 'comel' melambangkan hidup yg gembira dan penuh dgn kepuasan. Mungkin benar, tapi jgn lah pula jadikan alasan utk menambahkan berat badan lagi, makan dgn bijak, hidup dgn sihat.

Saya terbaca sebuah entri dr blog saudara Akmal yg berbunyi :


Bila saya melihat blog-blog mereka yang lain (merujuk kepada generasi sebaya dengan saya), saya dapati penggunaan bahasa yang mereka gunakan ialah bahasa Inggeris. Jarang melihat mereka yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa kebangasaan.

Cuba lihat disekeliling kita. Lihat kawan-kawan kita. Malah lihat saudara-mara kita sendiri. Situasi ini juga berlaku terhadap mereka yang rapat dengan saya sendiri.

Mengapa situasi atau fenomena ini berlaku? Ada yang berpendapat bahawa ini semua disebabkan oleh dasar kerajaan Malaysia yang mengambil pendekatan acuh tidak acuh terhadap dasar bahasa kebangsaa. Ada juga melihat perkara ini disebabkan oleh ibabapa yang terlalu mengagungkan bahasa Inggeris sehingga 'sudah lupa' kepada bahasa ibunda!

Pelik mengapa perkara ini berlaku. Penulisan dan percakapan kita melambangkan cara kita berfikir. Betul atau tidak?

Generasi muda kini sudah terperangkap dengan 'penggunaan/pemikiran dua bahasa'. Kejap-kejap menggunakan bahasa Melayu dan kemudian bahasa Inggeris. Mengikut istilahnya, menggunakan 'bahasa rojak'.

Bukankah ada istilah "Bahasa Melambangkan Bangsa"?

DAN

BAHASA perkasa ialah bahasa yang dibudayakan, hidup dalam lingkungan masyarakat, bangsa dan negaranya serta digunakan sebagai bahasa ilmu.

Memperkasa bahasa bermaksud digunakan seiring usaha pembangunan negara bangsa dan tidak dipinggirkan, kerana bahasa adalah jati diri bangsa.

Justeru, memperkasakan bahasa kebangsaan bukan dengan cara mengajar banyak mata pelajaran berunsur sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris.

Memperkasakan bahasa kebangsaan juga bukan dengan cara menerima pakai cadangan Laporan Jawatankuasa Wan Zahid supaya bahasa Inggeris digunakan di universiti bagi semua mata pelajaran berunsur sains, matematik dan teknologi.

Cadangan itu secara terang membunuh bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi. Ketika menukar bahasa pengantar pada 2003 dulu, tiada pun kajian dibuat sehingga menyanggah segala undang-undang berkaitan.

Mengapakah pula untuk dikembalikan ke landasan yang betul, kita perlu mematuhi undang-undang bagi mengembalikan semula peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

Kajian pensyarah universiti, kementerian, Dewan Bahasa dan Pustaka serta individu melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian bersetuju projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) gagal mencapai matlamat.

Melengahkan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik bermakna menambah beban pelajar, sekali gus mempercepat kematian bahasa Melayu.

Sumber : http://prihatin.net/index.php?option=com_content&view=article&id=59:usah-bunuh-bahasa- melayu-menerusi-ppsmi&catid=18:keratan-akhbar-terpilih&Itemid=19



Membaca penulisan dr rakan saya diatas membangkitkan .... erm...tdk tdk, lebih kepada mencetuskan dan memangkinkan keinginan diri saya utk menulis di blog ini semula setelah lama tdk mengarang.

Sebelum berceloteh panjang lebar dan mengarang penulisan yg agak tdk bermakna, izinkan saya membuat beberapa kenyataan terdahulu.

1. Bahasa Melayu tdk sama dgn Bahasa Malaysia.
2. Entri blog saya utk kali ini adalah sekadar berkongsi pemikiran saya dgn rakan2 yg akrab dan sudi terima saya sbg rakan. Bukan utk mencetus dan melahirkan apa apa yg negatif.

Terlebih dahulu, dlm babak bahasa ini, saya merujuk kpd bahasa Melayu, apakah Bahasa itu benar benar melambangkan bangsa, untuk menekankan lagi ayat persoalan ini, apakah Bahasa Ibunda itu benar benar melambangkan diri anda yg sebenar? Bangsa anda? Sebelum melontarkan pemikiran pembaca blog ini kpd saya, mahupun menjustifikasikan pemikiran anda sbg sesuatu yg benar/ asli, pernah terfikir mengapa Bahasa Melayu sering 'mengadapsikan' bahasa asing ke dlm kontek penggunaan 'Bahasa agung' itu?

Pd saya, dlm dunia ini , tiada bahasa yg agung, tiada benda mahupun kehidupan yg agung, yg seratus peratus sempurna dlm dunia ini, sejauh yg mata mampu melihat. Adakah jika diri saya ini tdk mampu berbahasa Cina (bhs ibunda saya ;Utk makluman pembaca ada banyak cabang dan dialek dlm Bhs Cina dan cuma ada satu cabang dlm bangsa yg digelar Bangsa CINA), bermakna saya bukan berbangsa Cina? Biar benar ni, banyak dialek dan cabang tu ! Sebenarnya, saya sendiri tdk mampu menguasai, biarpun satu cabang / dialek yg mudah / kecil itu. Cthnya Bhs Mandarin dan Kantonis sebaliknya dan utk makluman pembaca, saya jauh lebih menguasai Bhs Malaysia (bukan Bhs MELAYU) dan Bahasa Inggeris. Maka, saya ini pengkhianat bangsa Cina ke? Haha... pemikiran yg terlampau komplek dan subjektif. Berapa lama saya mempelajari bahasa Cina? Ermm... cuma setahun di Tabika? Agaknya benar, sbb di rumah saya, bahasa yg saya tuturkan merupakan bahasa Rojak - pengabungan pelbagai bhs seperti Bhs Cina (Mandarin & Kantonis), Malaysia,dan Inggeris. Saya ini rojak ke... haha, sedap di makan?

Sebelum terlupa, kpd sesiapa yg berpendapat bahawa wujudnya satu bhs yg agung di dunia ini, kata kan lah Bahasa MELAYU, fikirkan semula dan cuba bilang berapa patah kata dlm entri ini yg diadapsikan drp Bahasa asing DAN, adakan anda benar2 menguasai Bahasa anda yg anda gelarkan bahasa Agung itu? Saya harap pembaca sekalian mampu membezakan perkataan 'aku' dan 'saya'. Apa bezanya? Saya rasa kedua dua ada bhs penganti diri pertama dan membunyi maksud yg agak serupa. Maka, apa bezanya? Mudah sahaja, perkataan 'saya' itu merupakan versi kata 'aku' yg agak kasar penggunaannya tetapi, ramai yg suka mengelarkan diri mrk 'aku'. Rakan rakan semua, cuba lah gantikan perkataan yg agak kasar itu kpd kata yg agak lembut dan sopan santun- Saya. Yg menariknya, saya belajar ttg perkara itu masa saya di Darjah Satu. Bukan kah Bahasa Malaysia itu suatu bahasa yg lemah lembut dan bersopan santun? Saya tdk mengenali Bahasa Melayu tetapi , sedar akan kewujudan Bahasa Malaysia.

Apa bezanya Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu itu merujuk kpd bahasa yg agak ketinggalan zaman dan bersifat subjektif (sekarang harap harap tdk wujud di negara saya- Malaysia) manakala, bahasa Malaysia itu merupakan bahasa bangsa , identiti diri kami rakyat Malaysia, iaitu kesemua manusia yg hidup dlm mahupun di luar Malaysia. Apa maksud Malaysia (dlm bhs Inggeris Malaysian ; sebenarnya tdk wujud pun perkataan Malaysian dlm Bahasa Inggeris )? Dan satu perkara lagi, Bahasa Malaysia ialah suatu bahasa yg mengadapsi pelbagai konteks kata dari bahasa lain, contohnya Bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Perubahan dlm bahasa mengambil suatu jangka masa yg panjang, boleh diibaratkan sebagai seorg bayi yg baru dilahirkan. Tdk kah isu ini suatu gurauan jika beranggapan seorg ' bayi' itu yg baru dilahirkan bole terus berlari dan terbang bagaikan ' Superman'? Biarkan bayi yg berusia dua, ia masih sukar utk berjalan, apatah lagi hendak berlari mahupun terbang. Tiada kewujudan bahasa lain yg mampu menbinasakan bahasa yg sedia ada , yg sentiasa wujud di hati. Pada saya, Bahasa itu bukan sekadar 'alat penghantar' mahupun mainan utk sesetengah pihak. Boleh dikatakan ia, Bahasa itu merupakan suatu kehidupan yg tdk boleh dipisahkan dlm hidup saya. Kita mampu bercerita disini, merepek disana, kewujudan tangisan yg sayu dan sepi, berketawa dgn kuat dan adakala sinis dan tersorok, dan perasaan marah yg meletus merupakan khazanah yg dilahirkan menerusi bahasa. Tanpa bhs, jangan kan diri anda, malah diri org lain tdk akan dikenali.

Dlm erti kata lain, anda bukan diri anda yg sebenarnya jika anda tiada bahasa tetapi, anda tetap seorang manusia dan manusia hanya dan patut mengenali manusia yg lain sbg seorg manusia. Kita semua berasal dlm satu FAMILI yg sama (dlm bahasa Sains/Kaji hidup), bukan nya berasal dari beruk (itu cuma suatu Teori drp Encik Darwin). Adakah anda dilahir dan dibesarkan utk membeza bezakan manusia lain, adakah anda diajar perkara yg sedemikian dlm agama anda dan bangsa anda? Renung renungkan lah saudara saudari, rakan rakan sekalian, mana lah tahu, masa hadapan akan berubah cerah dan lebih bermakna berbanding hari ini.


No comments: