Sunday, March 16, 2008

Isu perkauman? Bukan lah...... kot !

Good day and assalamualaikum to all,

Perlukah menjadi kan isu perkauman sbg suatu isu dlm negara yg kian membangun ini? Bolehkah sesebuah negara membangun jika sering mempertikaikan pasal isu perkauman ini ?


Baru-baru ini,saya ada menonton sebuah berita di kaca TV yg mengisahkan MPP( Majlis Perwakilan Pelajar) di sebuah Universiti tempatan yg dikatakan sbg satu satunya uni yg mengemukakan pendapat mereka ttg pilihanraya ke 12(P-12) dan kesannya. Katanya,jgn mansuhkan DEB,jgn mansuhkan ini dan itu ...alasan,ini dan itu telah terbukti membawa kesan yg positif....... banyak alasannya,saya tunggu 'key word' mrk,or should i say,alasan di sebalik alasan mrk.


Rupa -rupanya hal yg dikecoh kan berpunca drp satu perkara aje-Jgn menyusahkan org Melayu,Kami bangsa Melayu tdk ingin di pilih kasih,we want this n that,Melayu perlu ini dan itu.... saya duk tengok n terpikir n tengok,dr awal sampai akhir sesi berita itu,perkataan yg popular ialah-Melayu dan saya rasa pelik kenapa bukannya Malaysia. Haha..tengok kan ahli MPP itu kesemua nya pelajar melayu(agaknya kot sbb yg muncul dlm kaca TV tu semuanya melayu,agaknya mrk hanya mewakili satu kaum shj dlm the entire university).


Ini bukan apa,saya juga mengaku kaum Melayu ini kaum majoriti di Malaysia dan berikutnya, merupakan pendapat saya yg ikhlas dan bukannya ingin nak mengungkitkan isu perkauman. Ingin berjaya dan bersaing dgn negara2 yg maju spt Jepun,China dan negara2 barat yg lain? Kalau ingin,mansuhkan perkataan 'kaum ini dan itu' drp konteks perkataan dan pemikiran manusia ini-dlm negara ini. Penting ke asyik melabelkan manusia lain mengikut kaum?


Dlm IC(kad pengenalan anda ada ke tercatit apa kaum anda? Setahu saya,kesemua kad ada tertulis warganegara anda-WARGANEGARA MALAYSIA),pernah duk terpikir kenapa?Kenapa tak tertulis anda berasal dr kaum apa? Tak cukup ruang dlm kad kot.


Yg saya tengok ni,semuanya sibuk dgn hal isu pilihan raya,dgn hal atau isu yg saya rasa remeh kalau ingin dibandingkan dgn pelan2 dan idea2 untuk memupuk dan perkukuhkan isu persaudaraan antara rakyat. Masa pilihanraya tu,sedarkah anda nak pilih siapa? Kenapa na pilih A atau B atau C? Berlandaskan janji2 mereka? Betul kah janji2 itu bukan sekadar janji2 dlm masa hadapan? Apa kah kesan yg buruk disebalik sikap mementingkan kepentingan diri.....ooops,bukan diri,utk semua....rasanya kot. Bagus ke memberi manusia lain kuasa utk mewakili diri anda dlm mengutarakan pendapat mrk?Benar ke mereka betul2 ikhlas dan mampu mewakili diri anda? Tak ada saluran lain ke yg boleh anda menulis ketidakpuasan hati anda dlm sesuatu hal atau ingin memperbaiki negara ini sampaikan nak mengambil risiko utk memberi kuasa kpd pihak yg lain yg mampu mengubah keadaan hidup diri anda?


Bagi saya,saya di lahirkan di Hospital Besar KL dan kemudiannya di besar kan spt anak2 yg lain. Masa tu,isu perkauman ini tdk wujud lagi dlm diri saya-naif kot.... Sampaikan ke tahap pembelajaran kat sekolah baru lah isu ini mula diresapkan dlm minda,diajar dan diberi pendedahan. Tdk pernah saya berpandangan yg hal ini penting dan masyarakat ini terlampau menitikberatkan perkara ini ,mungkin sbb saya tdk pernah kisah pasal perkauman,sampai pd hari ini pun,saya baik dgn ramai org,tak pernah pun menjadikan isu perkauman sbg hal yg hipokrit(mementingkan diri) dan sensitif. Tak perlu,bagi saya manusia yg berkaki dua dan bertangan dua berserta dgn akal ini tetap manusia dan identifikasi mrk tak pernah berubah-tetap manusia,tak ada pun beri nama lain selain nama yg diberi oleh ibu bapa yg melahirkan mrk.


Cuba jadikan semua hal perkauman sbg suatu hal yg melibatkan semua org,dan gunakan lah perkataan Malaysia utk menggantikan perkataan yg melambangkan kaum masing masing. Kalau ingn mencari keadilan ke,kebaikankan ,cari lah bersama sama dan bolehkan kami-semua menikmati kebaikan itu bersama2,bermuafakat. Tdk perlu memberi peluang kpd 'kaum' utk memecah belahkan kami semua yg duduk di bawah bumbung yg sama,yg diberi gelaran rakyat Malaysia/Malaysian dan bukannya rakyat Melayu,Cina,India atau lain2.


Bahasa yg kami gunakan ,yg dijadikan identifikasi bangsa kami ialah Bahasa MALAYSIA,bukannya Bahasa MELAYU. Utk pengetahuan rakan2 semua,saya rasa ramai rakan2 say yg berbangsa melayu(erm... 60%). Saya tdk membeza2 mrk mahupun isu kaum atau usia mrk,Semua sama sahaja,setiap diantara mrk ada kelemahan dan kebaikan diri yg mejadikan diri mrk unik dan asli. I love them for who they are and i kept on saying the same thing over and over and i wish to be part of their life as they were to me, already in a long time ago.


Saya rasa agak payah nak menerapkan konsep ' Tanpa kaum' kpd kesemua manusia,tetapi kepada semua yg terasa ada kebenaran dlm kata2 saya,ada keikhlasan dan motif yg saya duk cerita panjang2 ini... fikir fikirkan lah hal ini sbb bermuhibah dan bermuafakat ada lah sesuatu perkara yg diseru dlm semua agama,supaya semua bersatu dan menuju ke arah utk kebaikan semua dan berhentilah melabelkan ahli sesama /antara kami semua. Akhir kata,maaf kan saya jika ada tersasul/tersilap menggunakan kata2 dlm artikel ini dan artikel ini sememangnya bukan isu perkauman tetapi isu persaudaraan dan isu utk semua rakyat MALAYSIA.

Assalamualaikum dan salam muhibah. -ChoyHH-

No comments: