Friday, November 9, 2007

Pengalaman di Terengganu( P-1)

Gambar yg diambil di dpn China Town di Kuala Terengganu


Ternyata amat berbeza sama sekali cara hidup penduduk di kampung dan penduduk di bandar. Satu aspek yg penting dan bermanfaat di bincangkan adalah dari segi memberi salam dan menegur sapa rakan2 mahupun org yg tidak dikenali serta cara hidup seharian mrk.


Selalu,tak kiralah di dlm bas atau dimana mana sekalipun di Terengganu,tentu ada org yg bertanya 'buat apa di Terengganu' dan tak kira waktu pagi pagi buta pd 5am ke atau 8mlm pm,ucapan salam tidak pernah lari drp telinga ku. Kat bandar,sesetengah penduduk punya mata di letak pd dahi dan manalah ada org yg menegur org yg asing pd diri mrk? Ini membuat saya terfikir mengapa sesetangah rakyat di negara ini yg berasal dan ada kampung namun tdk mampu utk membawa tradisi memberi salam atau cara menegur yg betul dlm hidup mereka,tdk kisahlah berasal drp kampung dan kemudian hidup di bandar ke atau sebaliknya, mengapa tradisi yg mudah seumpama ini tdk di praktikkan dan diterapkan dlm budaya kita dgn sempurna?Ini baru lah drp aspek menegur menggunakan kata2 drp mulut,belum lagi cara berjabat tangan, berjalan di hadapan org yg lebih tua dan bermacam-macam lagi yg tdk terdlm dlm budaya barat mahupun negara yg lain selain Malaysia...,bangga kan?

Lucu juga sbb saya ditenung seolah-olah saya ini spesis manusia yg teramat pelik dan jarang ditemui,maklumlah,di Tganu,hanya lebih kurang 10% penduduknya berbangsa Cina(itupun biasanya di kawasan bandar) dan kurang 5% penduduk beragama Hindu namun, dr segi aspek memberi salam dan peneguran, aspek bangsa dan kaum tdk dipentingkan.

Adakah anda selalu mengunci kereta anda bila tdk digunakan? Di Tganu kws kampung,penduduknya teramat terbuka dlm pemikiran mrk di mana mrk mementingkan kepercayaan sesama penduduk dan hidup dlm keadaan yg sangat harmoni,tenang dan meriah. Mrk tak kunci kereta mahupun motor pu bila mrk 'park' kat mana-mana,apatah lagi kat rumah mrk.... issh, kalau kat bandar,anda patut bersyukur kalau kereta anda tinggal tayar dan steringnya shj selepas semalaman dibiarkan tak berkunci di car park.....

A photo of myself and a very close friend of mine, Ustaz Fauzi dan anak2nya(Iziati and Faizi..if i am not wrong since the little boy have another twin....) yg sudi mengambil kami sbg tetamu dan menawarkan tempat pginapan kpd saya,...nanti saya akan menulis satu article khas utk beliau. Harap beliau dpt membaca blog saya ni suatu hari nanti....


Di dlm kawasan kampung Tganu,suasana nya teramat meriah,tak sampai 15 minit berjln,anda pasti dpt menemui warung dan ramai yg duk bersenang lenang berehat dan berkongsi pendapat di sana, ada juga yg tonton bola kat sana tapi,makanannya jauh lebih sedap dan murah berbanding di bandar...terutamanya S.Alam yg saya duk sekarang ini. Percaya atau tak,disana penduduknya tak lah se materialistik atau bermata duitan berbanding perangai sesetangah penduduk di bandar. Biasalah kat bandar,mana boleh hidup tanpa wang,ah silap berkata, manalah boleh hidup kalau TAK CUKUP wang. Duit tak pernah pun cukup.... patutlah ramai yg stress dan mati awal... haha,prinsip mudah dlm hidup pun tak faham,masakan nak menandingi negara2 maju yg lain,lihatlah negara sendiri dan selami cara hidup dan permintaan diri sebenarnya, ukur baju sendiri . Belajar lah drp rakyat negara sendiri dulu,tak yah pi jauh jauh,pi ke mana mana kampung dan tingggal la kat sana utk seminggu dua,anda fahamlah maksud saya. Buat apa nak buat hidup ini susah,hidup sederhana tetapi hati sentiasa bersatu dan tenang,tinggalkan perkara yg terlalu mementingkan duniawi.

Ini ucapan dan pendapat saya kepada rakan lain yg sentiasa dan mungkin mula berasa letih dgn hidup yg terlalu komplex, 'sesak nafas' dan kurang semangat,ini prinsip mudah dlm hidup;

Smile when u r having fun,get angry when u r angry, and cry as much as u want to,when u want to. You hurt the most when you keep the pain inside and force yourself to smile....You will feel so refreshed after crying,you know?And soon,very soon, you will should be able to smile again soon.Never ever stop believing in the future because you are the one who will shape it,not anyone else. Keep praying an searching as all this obstacles in momentatily and as a way God show his love and concern to you....

Gambateh dan assalamualaikum,

Gambar di sekitar pantai K.Marang

No comments: