Tuesday, November 13, 2007

Close friend frm Tganu



Ramai yg bertanya siapa Ustaz Fauzi(aneh ke utk seorg berbangsa Cina mempunyai seorg sahabat yg digelar 'Ustaz'? Itu cuma gelaran org lain utk beliau shj ma).... Boleh dikatakan beliau pernah menjadi pensyarah utk pendidikan sivik(moral) sewaktu saya di semester 1 dlm pengajian ijazah sarjana muda Bioperubatan di KUTPM dan selepas tu, kami menjadi sahabat yg rapat. Saya ada juga sering menghubungi beliau ,sebenarnya ada juga ramai pensyarah yg berubah status menjadi sahabat saya. Biasa lah,bila dah jadi kelas REP, wujud lah interaksi sesama pelajar dan pensyarah tetapi hubungan tdk lebih drp itu sehingga lah tamat pengajian utk kursus atau subjek yg di ajar itu. Lepas itu,dgn secara rasminya ,kami bersahabat dan adakalanya saya rasa pelik juga,ramai yg rapat dgn saya...entahlah, saya ni bukanlah pelajar nombor 1 mahupun mempunyai rupa paras yg menawan,pendiam pula tu. ..

Haha,berterus terang,hubungan persahabatan tdk mengenal rupa paras mahupun status dan harta kebendaan. Percaya atau tdk,saya ada ramai sahabat yg jauh lebih matang dan berpengalaman jika dibandingkan saya yg kerdil ini. Kuncinya.... mungkin saya ini amat ikhlas dlm persahabatan dan jenis penyayang or u can say that i am a understanding person...Hubungan persahabat yg kuat boleh dibina jika anda mengambil berat sesama rakan2 serta di anda.....cuba lah mengadapisikan prinsip empati(empathy) dlm hidup anda....

Percayalah yg kalau diri anda pernah kehilangan sahabat yg baik dan ramai yg anda sayang dan mampu menilai atau menafsir bagaimana hidup seorg manusia yg tdk lengkap dari segi ilmu ,akidah dan semangat serta perasaan,anda pasti dapat memahami kehendak dan perasaan saya kpd manusia di sekeliling saya. Dlm erti kata yg lain, belajar dan tranformasikan kelemahan mahupun masa yg silam anda kpd sumber kekuatan dan semangat anda, bukan hanya utk diri sendiri tetapi utk org yg anda sayangi juga sbb bila org yg disayangi senyum dan gembira,dlm hati sanubari dan jiwa saya juga tetap merasai perkara yg serupa.














Ni gambar2 keluarga Ustaz,ibu dan ayahnya serta anak2 comelnya....

















Bayi yg saya peluk tu ,saya dah lama panggil dia 'adik angkat' saya(sebelum dia lahir lagi) unofficially la,namanya Faiz...comelkan?


Ustaz Fauzi sekarang menetap di kampung Tanjung Sabtu,Kuala Tganu bersama keluarganya yg terdiri drp ibu n ayah ,5-7 adik beradik dan 4 anak serta isteri beliau. Sebenarnya saya agak kagum dgn beliau di mana beliau mampu mengetepikan kerjaya beliau yg dimulakan dr lakaran sehinggalah menjadi realiti di KL dan memulakan hidup barunya di K.Tganu kerana masalah kesihatan yg dialami oleh isterinya. Bayangkang situasi ekonomi dan kerjaya masa kini,bukan mudah utk mencari kerja serta mempunyai semangat yg teguh utk menghadapi perubahan yg sedemikian dlm hidup. Thank God,he made it with flying colors dan utk pengetahuan sahabat semua, beliau agak terkenal dlm kampungnya. Sampai kat mana-mana,hanya perlu mention namanya,semua kenal beliau... haha,ini menjadi alternatif kami sewaktu kami sesat dlm perjlnan utk pulang ke rumah beliau...maklumlah,rangkaian pengangkutan di KT agak kurang memuaskan dan sign board yg ada kat tepi jln tdk lengkap berserta dgn pengalaman baru kami di sana .... sesat juga beberapa kali..haha.

Ha,ini gambar yg diambil utk 'meraikan' peristiwa tersesat utk buat kali pertama di KT....ai..ada masa juga dia org nak snap gambar....


Selain menjadi Ustaz serta seorg kaunselor di kampung beliau, ustaz juga merupakan seorg sifu dlm silat Gayong.... sehinggakan saya pun tdk tahu langsung ttg hal ini,...low profile ma(dari segi pertuturan kata serta cara beliau menegur saya...tak macam pun seorg pengamal silat..haha,hidup ini penyu dgn kejutan tapi ini kejutan yg mengembirakan) serta seorg pengajar Bhs Arab dan pengajian Islam..wow,siapa kata kehidupan di kampung sungguh free dan relax? Sahabat saya ini sibuk dgn pelbagai aktiviti jemaah malah jauh lebih sibuk jika dibandingkan sewaktu beliau menginap di bandar KL n S.Alam. Beliau merupakan sumber saya merujuk sesetengah masalah peribadi dan juga ilmu ttg Bhs Arab dan sesetengah perkara mengenai agama Islam.... Tak boleh digambarkan melalui kata2 dimana pelbagai ilmu dan kasih sayang yg dicurahkan sebelum,semasa dan selepas saya menetap di rumahnya, cuma boleh ku sampaikan ucapan jutaan terima kasih dan saya amat berbangga dpt mengenali anda .... lain kali,kita pi minum tapi biar lah saya yg bayar.... tak seronok kalau anda sentiasa berlumba dgn saya utk membayar bil,sbb dah tau saya pasti tdk dpt menandingi anda.....




Ini gambar beliau beraksi dlm silat Gayong
Ada peluang nanti,berkongsilah ilmu silat dgn saya beserta dgn ilmu memasak...haha,sedap masakan Ustaz, lebih hebat drp masakan mamak,betul ni,saya betul2 ikhlas lagipun home made,ada intipati yg istimewa yg Ustaz masukkan... haha,kasih sayang namanya, patutlah rasanya sedap
.


Sebagai wakil,saya sekali lagi mengucapkan terima kasih yg ketidakhinggaan kpd Ustaz dan rakan2 lain kirim salam kpd anda, mrk kata nak dtg melawat Ustaz lagi, tapi dgn beberapa syarat: pertama sekali,jaga kesihatan anda dgn teliti ,kedua, kami tdk mahu melihat duit mahupun sebarang benda keluar dr kocek atau dompet anda( agaknya kalau anda di situasi kami,apakah Ustaz akan buat...membiarkan sahaja sahabat anda berkorban terlampau banyak utk anda atau ...Ustaz faham maksud saya). Syarat2 lain...nanti kami fikirkan, dan maafkan kami kalau sepanjang kami tinggal di sana ada kesilapan kami terbuat dgn tanpa niat.

My personal message: Semoga persahabatan kami makin teguh dr masa ke semasa dan berkekalan selamanya. Kalau Ustaz ada membaca artikel ni,tolong tinggalkan mesej utk saya...jaga diri dan ambil masa rehat yg secukupnya.Keep intouch. Jumpa lagi dan assalamualaikum...

ChoyHH
Ini gambar matahari terbit/terbenam kat belakang rumah Ustaz,ada sungai besar kat sini..

Ini pula gambar langit dan laut Kuala Marang,kat bwh tu pantai...

No comments: