Friday, November 9, 2007

Assalamualaikum dan waalaikumussalam,erti dan penggunaannya...



Ini pemandangan Masjid Terapung(
Masjid Tengku Tengah Zaharah)yg dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di negara ini. Dengar kata ada satu lagi yg sedang dibina dan menelan perbelanjaan sbnyk Rm 300K....atau lebih...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua rakan -rakan ku,

Dah lama tak updatekan blog ini...haha,malas ma dan adalah sedikit sibuk menyediakan diri utk trip ke Terengganu yg lepas.

Saya rasa saya dah belajar beberapa perkara drp penduduk di sana dan terutamanya rakan saya,Ustaz Fauzi yg teramat murah hati menerima kami sebagai tetamu dlm rumahnya. Baik lah saya mulai dgn perkataan ' Assalamualaikum' yg membawa maksud dlm erti kata saya tersendiri,iaitu suatu ucapan yg mendoakan kebahagian dan kesejahteraan org yg kita ucapkan(sila betulkan saya kalau ada kesilapan dlm kata2 saya). Secara ringkasan,kita mahukan org yg ditegur itu sentiasa gembira ,perkataan 'waalaikumussalam' memberi maksud yg terbalik,iaitu suatu ucapan yg diberi kpd org yg menegur kita dgn maksud,semoga anda juga gembira dan sejahtera sentiasa.

Biasanya,kita digalakkan utk menegur org yg memberi salam(assalamualaikum) menggunakan kata waalaikumussalam yg bila difikirkan memang patut,tak kan lah org mendoakan kegembiraan dan kesejahteraan kpd anda tetapi anda tidak menyahut dan memberi doa yg sewajarnya kpd rakan anda itu.Biasanya perkataan salam diberi sebelum atau selepas atau kedua2 sekali dlm sesuatu perbuallan. Boleh dikata kan perkataan itu sbg 'pembuka' dlm sesebuah perbualan dan juga penamat seperti 'Hi dan bye' tetapi mempunyai maksud yg lebih jauh dan murni.

Kedua2 perkataan merupakan sebahagian drp Bhs Arab dan utk makuman saudara saudari sekalian ,janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ini....salah satu gambar Istana (tak ingat namanya)...nanti saya check,banyak masjid dan istana yg kami pi....semua da bercampur aduk sbb kami tak record apa2 nama...

Ada juga sesetengah Muslim yg beranggapan perkataan 'Assalamualaikum' dan 'waalaikumussalam' tdk patut diucapkan oleh pengamal agama selain agama Islam. Ini merupakan anggapan yg salah sama sekali krn perkataan2 tersebut patutlah digalakkan utk digunakan oleh seramai yg mungkin disbb kan maksud yg mulia dan tersirat disebalik kata tersebut.

Maka disini,saya menggesakan terutama rakan2 yg bukan muslim utk sentiasa menegur rakan muslim lain menggunakan kata2 tersebut. Perkataan ini agak umum dan bukan lah hanya ditujukan kpd golongan Muslim shj yg SEPATUTNYA jauh memahami maksud kata2 tersebut. Jadi,gunakan lah dan sila berkongsi maksud dan penggunaan kata2 tersebut kpd sahabat handai rakan2 sekalian.


Ini pula pemandangan seawal 7 pagi yg diambil drp feri yg kami naiki...indah kan?

2 comments:

Hj.Saiful said...

Salam, itu sbnrnya bukan Masjid Terapung (Intan Zaharah) yang terkenal. Masjid yg saudara siarkan dikenali sbg masjid kaca (belum ada nama rasmi lagi) yg terletak di Sungai Terengganu boleh dilihat dari atas jambatan Sultan Mahmud.
Wslm.

Choy HH said...

Salam, Haha...betul tu Saiful,saya pun confuse maklumlah ,saya tdk buat catatan masa mgambil gambar ni. Tapi kedua2 pun ialah 'masjid terapung' cuma namanya berbeza shj.