Friday, January 15, 2016

Siratan bertitik tiga " ... "

Fenomena yang merosakkan institusi kebahasaan kian menjadi-jadi kini. Pelbagai jenis tanda baca telah diperkenalkan secara tidak langsung berikutan impak globalisasi. Antaranya dan menjadi trend khalayak ialah tanda tiga titik (" ... "). 

Tanda baca yang tidak diikhtiraf ini dalam diam mencerminkan penggunanya ialah seorang individu yang:

1) Mudah tercuci minda dengan media massa dan kurang bertangungjawab. Sikap terikut-ikut dengan gaya bahasa SMS menampakkan sesetengah pengguna maya kini kian alpa dan meremehkan khazanah bahasa yang diperturunkan. Minda mereka juga mudah tercuci, justeru terpengaruh dengan kaedah komunikasi yang menyesatkan ini tanpa ada rasa perlu untuk berfikir panjang.

Tanpa disedari mereka telah tersubahat dengan initiatif yang meruntuhkan kesenian bahasa serta merendahkan martabat diri. Keadaan ini lebih ketara apabila penggunanya berprofesion sebagai ahli bahasa atau ilmuwan yang bertindak sebaga pendukung kemartabatan bidang bahasa.

2) Tidak yakin dengan buah fikiran dan keupayaan diri. Pengguna seolah-olah ingin menafikan kredibiliti dirinya.  Bayangkan impak fenomena ini jika berlaku dalam transaksi perniagaan dan sesi komunikasi dengan pihak atasan. Ini ialah sebahagian daripada taboo-taboo komunikasi. Semestinya, pembaca atau penerima mesej tidak akan yakin dengan penyampaian tersebut.  

3) Ingin menonjolkan sifat kemalasan yang menguasai diri. "..." bermakna ada sambungan kepada idea atau ayat tadi yang berkemungkinan malas untuk difikirkan atau dicoretkan. Bukankah lebih mudah & efektif untuk akhirkan ayat dengan noktah (single dot) daripada menekan tombol noktah berkali-kali? Tenaga jemari yang mengetuk papan kekunci dan masa pengguna akan dibazirkan.

4) Menganggap perbuatan ini mulia dan boleh merangsang pembaca untuk berfikir. Ini ialah pemikiran yang salah lagi "syok sendiri". Perbuatan ini boleh mendatangkan kesan yang berlawanan dan wajar dijauhi. Pembaca sendiri diundang untuk berpersepsi bahawa penyampainya ialah insan yang malas berfikir atau kurang ikhlas.

"Trend" bahasa yang menyesatkan ini perlu dibendung agar kualiti sesi komunikasi dan keunggulan bahasa warisan terjamin. Apakah kelebihan dalam pengunaan tanda bahasa yang tersimpang ini? Sesungguhnya, sikap berwaspada ketika berbahasa boleh menyelamatkan diri dan mempermudahkan urusan kehidupan.


Monday, April 8, 2013

Kaedah Ionic Foot Detox Machine


Salam sejahtera & good day



Perkongsian ringkas ttg kaedah Penyah-toksin Kaki Menerusi Teori Ion (Ionic Foot Detox Machine).


Cuba tatap video di bawah mengikut turutan agar bertambah luas pandangan & ilmu kita.


1) Pengenalan

 https://www.youtube.com/watch?v=Uz5mZkfpQ0c



Cuba baca huraian pd video YouTube tersebut (ada bahagian utk klik "Show More")


dan lakukan perbandingkan dgn video di bwh.







Jgn lupa utk baca pada komen2 lain utk video ini (YouTube).



Percaya lah pada kebenaran produk-produk kesihatan seandainya ada kajian saintifik (clinical trials) yang terperinci dan bukti hitam dan putih (dokumen) bukannya testimoni semata-mata.

Penghargaan diberikan kepada pencipta-pencipta video di atas.



 Sincerity matters the most,
 

 MSc. Community Health (Health Promotion) UKM
B. Biomedical Sc/Biomedicine (Hons)
choy862003@yahoo.com

Saturday, March 30, 2013

Terapi Tulisan


Salam sejahtera & good day


Adakah para pembaca masih giat menulis/berkarya? 

Saya ingin berkongsikan ilmu dgn para pembaca dlm aspek : 

Terapi Tulisan

Tanpa difikirkan secara mendalam, penulisan di blog, FB malah 
menerusi emel juga, merupakan satu terapi yg 
amat baik utk kesihatan


Pernah para pembaca terfikir sedemikian?

Teorinya agak serupa dgn berbual dgn seorg sahabat yg anda rapat. Dlm 
perbualan yg rancak, kita suka pada kehadiran seorg pendengar 
yg setia & boleh berkongsi masalah, 
sungguhpun mungkin 
jln penyelesaian tdk lah ditemui dlm sesi tersebut.

Kaedah penulisan (bertulis atau bertaip) seperti emel & sbgnya pun 
serupa,  
iaitu menyalur keluarkan stres / segala masalah yg dibeban
menerusi setiap tekanan pd butang papan kekunci atau 
tekanan pada pen & menukilkan setiap patah kata.


Org dahulu pula lebih kreatif, iaitu berpuisi, berdebat, menulis surat .

Kini, ramai yg telah kehilangan skil penulisan surat,
biarpun dikurniakan kaedah yg jauh lebih mudah 
iaitu emel, haiku & sbgnya. 


Banyak kajian & bacaan mengenai terapi menggunakan 
haiku,puisi & sbgnya- kesemuanya berdasarkan konsep 
yg sama, malah 
dijadikan alternatif utk menyelesaikan masalah tekanan jiwa/mental


Ini merupakan antara contoh haiku yg berfungsi agak serupa dgn 
pantun & konco-konconya, di mana sesi bersoal-jawab akan 
dilaksanakan dalam bhs puitis dan kreativiti 
menerusi penggunaan konsep pembayang dan maksud.



Thursday, March 28, 2013

Gout & Pemakanan

Salam sejahtera & good day

Sekadar satu perkongsian kpd para pembaca-

Pemakanan utk Pesakit Gout atau Individu yg Bakal Dilanda Gout

Sumber: www.myhealth.gov.my


Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.

Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan.

Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.

Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari.

Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

-Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan

-Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan

-Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.






 Sincerity matters the most,
 
 MSc. Community Health (Health Promotion) UKM 
B. Biomedical Sc/Biomedicine (Hons) 
choy862003@yahoo.com

Sunday, March 24, 2013

Produk Sembuh Kanser Payu Dara Selepas Menderita 12 thn?

Salam sejahtera & good day


Penulisan pendek dicetuskan oleh sebuah posting ttg testimoni produk suplemen di mana,
seorang pesakit kanser payu dara yg "menderita" selama 12 tahun boleh sembuh selepas pggunaan produk itu...

Mungkin saya boleh berkongsi sedikit sebanyak ilmu kpd para pembaca posting ini dlm aspek kesihatan kemasyarakatan (pub.health).


Kebiasaannya & kebanyakan kajian pd pesakit breast can. ini menggunakan julat survival rate selama 5 thn shj.

Ini bermaksud,majoriti pesakit dalam kajian-kajian dahulu meninggal selepas 5 tahun menghidapi penyakit tersebut & ramai yg boleh hidup dlm setahun atau lebih. Survival rater bergantung kepada peringkat perkembangan penyakit (stages) tsebut.


Dua jadual yang mudah untuk menjelaskan maksud saya tadi:



Konklusina, subjek dlm video tersebut harus dikaji gaya hidupnya, pemakanan & sbgnya agar orang ramai boleh fahami apakah yg membolehkan dia "hidup" selama 12 tahun lamanya ... jika produk itu "berkesan" ....


Semoga ilmu ini berguna utk para pembaca & dimanfaatkan sebaik-baiknya,

Sincerity matters the most,
 
MSc. Community Health (Health Promotion) UKM 
B. Biomedical Sc/Biomedicine (Hons) 
choy862003@yahoo.com

Tuesday, March 19, 2013

More On Green Tea & Coffee - Stroke Protection

Salam sejahtera & good day

More about the beneficial effect of green tea & coffee:


The Star Online Malaysia :

Coffee and green tea found to protect against stroke



Published: Tuesday March 19, 2013 MYT 12:15:00 PM


Whether or not you reach for coffee or green tea, a new study finds that both can help cut the risk of suffering a stroke.



The 13-year study, published in the American Heart Association journal "Stroke," included 82,369 men and women in Japan.


In addition, the more green tea a person drank, the more it reduced the risk of stroke. People who drank at least one cup of coffee daily had about a 20 percent lower risk of stroke compared to those who rarely drank it.


Sunday, March 17, 2013

"Produk/Ubat Ajaib"



Salam sejahtera & good day,

Kita bersua kembali diruangan perkongsian ilmu ini. Hari ini saya ingin membawa para pembaca ke perspektif yang berjudulkan:

"Ubat/Produk Ajaib"


Saya sering terdengar dan terbaca sesetengah produk jus, kopi dan pelbagai bentuk pemakanan yang lain yang dikatakan mampu mencegah dan mengubati pelbagai penyakit. Ia dikatakan produk semulajadi (natural) dan berasal daripada negara barat dan terkenal di merata dunia. 

Contohnya dakwaan ia mampu menyembuhkan penyakit CVD, diabetes, arthritis (penyakit keradangan sendi tulang), menguatkan tenaga batin, kanser, hepatitis, menguruskan badan dan sebagainya. 


Anda namakan sahaja apa-apa jenis manfaat kesihatan, produk itu boleh sembuhkan !


Kesalahfahaman Istilah "Risiko" dan "Punca" Dalam Kajian


Salam sejahtera & good day



Serba sedikit pendedahan aspek kajian dalam bidang perubatan & kesihatan.


Pendekatan untuk Kesalahfahaman Istilah "Risiko" dan " Penyebab/Punca".


Kita ambil contoh yang mudah di bawah:
Kajian-kajian lepas sekitar tahun 2003 sehingga yang terkin 2013 mendapati, pengguna makanan X mengalami kadar risiko yang jauh lebih tinggi, khasnya kaum lelaki, untuk menghidap masalah jantung, berbanding dengan pengguna yang tidak praktiskan amalan tersebut (Abu et al. 2003; Ali et al. 2007; Azman et al. 2013).

Istilah "et al." ialah singkatan untuk nama rakan-rakan penyelidik yg lain 
(kita hanya nak menonjolkan penyelidik utama shj)


Walau bagaimanapun,kajian-kajian tersebut tidak membuat 
kesimpulan bahawa makanan X  ialah penyebab kepada masalah jantung  kerana,